Wednesday 2 November 2016

PEROKOK PEMBUNUH SENYAP KELUARGA

Saya ni ada persoalan yang dari dulu selalu bermain dalam kepala. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh suami/ayah yang merokok? Apa sebenarnya perasaan mereka apabila merokok di depan anak-anak dan isteri? Apa lagi yang mereka cuba deny tentang realiti bahaya merokok pada orang sekeliling yang menghidu asap rokok tersebut? Apa yang mereka fikir dan rasa sebenarnya ya? 

Saya terkadang meluat, marah, sedih juga ada kalau ada orang yang merokok sekeliling saya. Nak-nak lagi bila ada si kecil Adam Daniyal. Hanya Allah sahaja tahu betapa bolehnya saya bermulut lancang untuk sound orang merokok ketika itu. Paling sedih kalau ahli keluarga sendiri. Allahu! istigfar saya melawan marah dalam hati. Cepat-cepat saya larikan Adam Daniyal daripada mulut saya mula berbuat dosa nanti.


Tetapi, kadang-kadang ibu Adam Daniyal ni TER-kurang adab jugak. Sebab kalau pergi kedai makan bawak si hero, dan ada orang merokok dekat-dekat dengan kami, cepat saje mata ni tengok sambil buat pandangan menusuk tulang rusuk kiri tembus ke kanan pada mereka! Macam nak cari gaduh dah. Yela, asap rokok tu bukan setakat rosakkan organ perokok tapi juga rosakkan organ penghidu asap rokok. Nak-nak lagi kalau yg terhidu tu anak kecik/bayi. Sedih!

Para suami/ayah yang masih tegar merokok, jangan kata isteri tak pandai jaga anak bila anak asyik sakit saje memanjang, kalau awak masih lagi liat nak berhenti merokok. Tahukah kalian wahai perokok tegar, merokok akan memberi kerosakan yang sangat sangat besar pada sperma anda? Merokok mengurangkan kualiti sperma, mengubah bentuk sperma, mengurangkan bilangan sprema dan memendekkan jangka hayat sperma. Pendek kata, sperma awak jadi tidak berkuaiti lagi. Jadi tidak ada rasa bersalahkah bila merosakkan diri sendiri?


Lagi fakta. Kajian membuktikan bayi yang ayahnya seorang perokok tegar mempunyai peluang 33% lebih tinggi untuk menghidap masalah berkaitan kanser (childhood cancer). Jadi di mana letak hati dan akal anda sebagai ayah? Penat usaha dapatkan anak, dan berpeluh habis tenaga isteri meahirkan si kecil, dan anda sewenang-wenangnya merosakkan ketahanan badan anak anda dengan asap rokok. Sedih...

Katakanlah suatu hari nanti, Allah tarik nikmat harta. Dan anda terpaksa memilih sama ada perlu membeli stok rokok atau membeli pampers anak, saya doakan agar anda tidak teragak-agak untuk membuat keputusan. Hanya disebabkan takut tiada duit nak beli rokok, pampers anak dikemudiankan. Janganlah anda sampai di tahap begitu. Dan jangan pelik, banyak saje ayah ayah yang tegar merokok sanggup membeanjkan wang terakhir untuk rokok semata-mata, mengetepikan keperluan keluarga. Pedih..

Dan saya menulis artikal ini memang dengan luahan ikhlas dari hati. Sebab selalu terbuku dalam hati sahaja 'kurang adab' mulut saya apabila berhadapan dengan perokok. Nak-nak lagi yang tiada common sense langsung. Nampak kita pegang anak kecil, dia masih selamba hembus-hembus depan kita! 

Wahai suami/ayah yang masih tegar merokok, berhentilah merosakkan diri dan orang sekeliling. Jangan kata sayang kalau tangan masih memegang rokok. Buat tindakan untuk membuktikan sayang kalian itu. Cari cara untuk berhenti merokok. Mustahil? Susah? Itu anda yang set kan di dalam fikiran. Ubah mindset. Buat tindakn sekarangg Biar berikit-dikit asakan ada hasilnya kelak. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya.
.
Hashtag. Bukan marah... tapi nasihat.. 



Sumber gambar : Google.



No comments:

Post a Comment