Sunday 13 November 2016

Cara Tambah Ilmu dalam Bisnes Shaklee

Menuntut Ilmu Biar Sampi ke Negeri Cina. Wah gituu.. Tapi itu juga antara salah satu quotes yang selau saya pegang dalam usaha mencari ilmu. Sebenarnya saya sangat suka belajar sesuatu yang baru nak-nak lagi kalau kena dengan minat, contoh ilmu bisnes, pemasaran, dalam bidang kesihatan dan kecantikkan. Haa kalau ada kelas-kelas begini atau rancangan yang berupa begini memang saya akan join jika berkelapangan. Itu juga salah satu sebab saya sangat sayang bisnes Shaklee ini. Sebab disini saya dibimbing oleh mentor yang boeh saya gelar “Gedung Ilmu Bergerak” HAHAHA. Banyak sungguh ilmu yang di ajarkan kepada saya dan ‘adik-beradik’ Shaklee yang lain sampaikan kadang-kadang tak terbuat tau segala ilmu yang di ajar. Sebab terlalu banyak… huhu. Saya sedang mencuba sehabis baik dalam mempraktikan segala ilmu yang di ajar. Alhamduilah terima kasih Allah atas pinjaman ilmu ini. 

Dengan bimbingan mentor pakar dalam bidang kesihatan dan nutrisi inilah saya mula belajar tentang ilmu berkaitan kesihatan, supplement, penyakit dan cara mencegah, tips-tips kesihatan dan kecantikan, tentang hamil, berpantang, peyusuan dan sebagainya. Paling mahal ilmu berkaitan kekuatan mental dan hati dalam mengejar impian kita untuk kebaikan dunia dan akhirat.


Bermula dari zero to hero in-the-making, jujurnya bukan suatu jalan yang mudah. Dan semua ini tidak akan membawa saya ke tahap ini hari ini, jika saya tidak mengambil tindakan berjumpa mentor-mentor dan pakar nutritionist Shaklee sebagai usaha menjadi pengedar Shaklee terbaik. Waktu mula-mula join, memnag garu kepala juga. Tapi jika berada dalam jalan buntu, saya memang suka jalan pintas, iaitu bertanya pada orang yang terbukti tahu, daripada saya mencuba-cuba sendiri. Ya saya mengaku, saya lebih suka mengikut jalan yang telah terbukti berkesan daripada mencuba seorang diri dan terpaksa ‘terhantuk’ banyak kali. Saya telah menghadiri sesi coaching bersama mentor hebat saya dalam Shaklee di Shaklee Branch Penang. Ingat lagi masa tu Adam Daniyal baru nak masuk 3 bulan. Saya heret dia masuk kelas coaching sekali, sambil belajar sambil susukan Adam Daniyal. Haha.


Keberadaan saya di utara Kedah tidak sedikit pun menyukarkan proses pembelajaran. Sesi sedut imu melalui Telegram memang setiap hari akan diberi. Selain itu, bimbingan melalui webinar dan meeting online juga selalu di adakan untuk pengedar-pengedar Shaklee seluruh Malaysia. Sebab  itulah saya yakin Shaklee ini satu bisnes yang boleh pergi jauh kerana ada bimbingan dan formula yang konfem telah terbukti berjaya sejak bertahun dahulu .

Nak Berjaya bukan boleh di suap saja hari-hari. Kita kena ada initiatif sendiri juga untuk tambah ilmu. Jadi berpandukan Buku Rujukan Nutrisi, tulisan pakar nutrisi, saya jadikan sebagai rujukan setiap kali menguruskan masalah-masaah pelanggan. Haa jangan  risau, bukan ikut buku semata-mata, konsultansi saya mestilah berpandukan kata pakar dan nutritionist dulu ya… Sebab itulah semua pelanggan Shaklee saya mendapat hasil yang terbaik setelah makan mengikut rekomendasi yang tepat di samping pengamalan gaya hidup yang lebih sihat. Alhamdulilah..


Saya berdoa agar usaha saya untuk terus berbisnes dan berbakti melalui bisnes Shaklee ini dipermudahkan dan menjadi saham pahala saya di khirat kelak. Saya juga berharap dapat menghadiri eksklusif training bersama saintis Shaklee terkenal dari USA, Dr. Bruce Daggy pada Februari 2017 ini termakbul. Amin…


No comments:

Post a Comment