Monday 7 November 2016

BISNES SHAKLEE SAYA DAN BONUS SHAKLEE SAYA 6 BULAN DARI SEKARANG

Sejak serius berbisnes dan menjadi pengedar Shaklee ini, besar juga harapan saya dalam bisnes ini. Jujurnya daripada seorang yang jenuh belajar untuk segulung Ijazah selama 4 tahun, kemudian bekerja dengan gaji yang besar, juga selalu menjadi pekerja "favourite", serta bebas berbelanja sehinggalah berubah title menjadi isteri dan ibu, dan melepaskan semua "keseronokkan" ketika bujang itu bukanlah sesuatu yang mudah di hadam pada mulanya.


Tak. Tidak sekali pun niat saya ingin merungut atau salahkan sesiapa. Malah saya bersyukur di beri nikmat keluarga ini. Alhamdulilah Alhamdulilah. Atas rasa syukur ini jugalah saya meletakkan harapan yang besar dalam bisnes Shaklee yng saya ceburi sekarang. 

Memang berbisnes itu menjadi DNA saya. Menjaga dan mendidik anak dengan tangan sendiri depan mata juga menjadi pilihan saya. Menyusu anak dengan susu badan sendiri menjadi niat saya. Atas sebab inilah saya memilih untuk menjadi Working at Home Mom (WAHM) dengan mula belajar bisnes dari rumah, agar saya dapat memenuhi pilihan-pilihan saya tadi.

Mudah? Jujurnya sangat tidak mudah. 
"Penat belajar masuk U, last2 dok rumah susu anak" 
"Dah elok2 kerja gaji besaq, p gatai berhenti pastu pilih dok pulau pulak. Apa sangat boleh buat kat pulau tu" (Selepas berkahwin saya ikut suami tinggal di Pulau Langkawi) 
 "Alahh.. Shaklee tu MLM. Kejap je tu. Nanti dia give up la tu..."


Wah kalau nak senaraikan memang boleh jadi drama lara hatiku kuskus... HAHAHA. Tapi saya belajar pekakkan telinga. Saya belajar untuk lebih baik bisu pada perkara yang tak perlu. Belajar berhati kental sekental gigitan Adam Daniyal ketika gatal gusi. eh! HEHE. Kerana saya percaya setiap apa yang kita pilih, mesti ada sebab Allah gerakkan hati. Atas apa pilihan kita mesti ada kebaikan yang Allah janjikan.

Sebab itu, saya letakkan harapan dan target yang tinggi dalam bisnes ini. Untuk 6 bulan akan datang, iaitu pada bulan APRIL 2017, saya berharap dapat memegang title SENIOR COORDINATOR dengan BONUS bulanan sehingga 5 ANGKA, Saya mempunyai 50 anak bisnes yang berjaya naik rank leader yang juga bersungguh ingin berjaya dan konsisten. Saya juga layak mendapat Car Subsidy Program, yang mana saya boleh guna untuk bayar bulanan rumah idaman saya sendiri. 

Saya juga dapat trip ke Japan 2017, so that boleh jumpa Naruto! HAR HAR HAR. Dan saya sangat sangat berimpian mahu mendapat exklusif training bersama Dr. Bruce Daggy (saintis terkemuka Shaklee dari USA) pada bulan February 2017 nanti. Aaminn... Mustahil? Mustahilkah jika kita ada Allah? Susah? Adakah semua perkara manis begitu mudah kita dapat tanpa usaha? Apa yang saya tahu, saya perlu gandakan usaha, jaga hubungan dengan Dia, dan tidak menoleh belakang kiri kanan lagi. Jalan terussssss ! Walaupun lambat tapi jangan pernah berhenti.


Biar pada pandangan orang impian ini nampak mustahil tapi tidak pada pandangan dan hati saya. Kejayaan mentor-mentor saya menjadi bukti bahawa tiada apa yang mustahil dengan usaha dan izin Allah. Saya berdoa agar dapat mengubah status ekonomi keluarga saya ke tahap jaaauh lebih baik agar dapat menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan makanan yang lebih sihat buat keluarga saya. Saya memilih untuk #liveamazing bersama family melalui bisnes Shaklee ini. Insha Allah.


Jadi ibu-ibu hebat sekalian, walaupun kita di duduk di rumah tetapi kita juga berhak berjaya, kita berhak kaya berbelanja. Siapa kata budak diploma,degree,master mesti atau wajib kerja makan gaji?? Kita berhak memilih sendiri. Jangan tunggu masa, tapi kejarlah masa. Jangan sibuk menunggu masa yang sesuai untuk bertindak, tapi mulalah langkah sekarang. Biar mula bertatih asalkan jangan berhenti. Berhenti memberi alasan dan jangan pernah putus harapan. Bangkit semula. Allah ada. 



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan 
mereka sendiri yang mengubahnya."
 (al-Ra'd 13:11)






2 comments: