Wednesday 9 November 2016

TIPS HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BABY TANPA UBAT

Asalamualaikum. Hari ni saya nak share pengalaman saya handle demam pertama dan tips macam mana saya hilangkan selsema dan batuk Adam Daniyal yang masa tu berumur 4 bulan, tanpa ubat. Tips ini boleh ibu-ibu ikhtiar secara semulajadi dengan segera sebelum melarat. Insha Allah, dapat kebahkan legakan selsema dan batuk anak kecik.

Ingat lagi saya waktu Adam Daniyal genap 4 bulan, dia tiba-tiba demam petang tu. Panik saya. Sebab orang kata baby kecil kalau demam kena jaga betul-betul, takut kena tarik nanti. Nauzubillah.. Malam itu juga saya dan suami bawa anak kami ke klinik pakar. Doktor cek dan dia kata itu demam biasa, demam nak bina antibodi. Dan dia bekalkan ubat demam incase makin teruk.

Bila demamnya masih ada pada hari ke 3, ditambah pula selsema dan batuk, saya rujuk pada doktor Klinik Besar Hospital Langkawi pula. Doc siap ambil darah dan Xray lagi, sebagai langkah awal untuk pemeriksaan paru-paru. Alhamdulilah tiada apa yang serius. Paru-paru dan darah Adam berada dalam keadaan sihat. Doktor tu bekalkan kami ubat demam, selsema dan batuk.


Malam tu sebelum tidur, hati saya berbelah bahagi. Jujurnya saya takut nak bagi anak sekecik 4 bulan itu ubat. Kerana saya fikir akan menggangu antibodi semulajadi anak melawan penyakit. Tapi atas nasihat doktor dan perasaan kasihan yang amat-amat melihat Adam menangis siang malam, saya tawakal. Saya redha. Doktor lebih pakar, saya tak mahu atas kedegilan saya, Adam Daniyal semakin teruk. Nauzubillah..

Saya ingat lagi betapa Adam Daniyal menangis waktu nak diberikan ubat. Menangis sungguh-sungguh. Saya kuatkan hati, cuba sedaya upaya bagi ubat tu masuk mulut dengan doa anak ini cepat sembuh. Tapi selalunya Adam Daniyal akan luak balik ubat tu. Pernah sampai muntah keluar kahak, meleleh hingus dan berderai air mata. Allahu sedih hati ibu.. Selepas beberapa kali sesi memberi ubat, akhirnya saya kalah juga. Tiap kali Adam Daniyal menangis di beri ubat, setiap kali itu juga saya akan turut menangis! Saya rasa serba salah. Saya rasa terlalu awal untuk badan anak ini dimasukkan dadah ubat. Saya ragu, saya tak pasti betul ke tindakan saya ni. Yela ibu muda pengalaman pun tiada..

Selepas 3 hari demam Adam mula kebah. Tapi Selsema dan batuk masih tak kurang. Jadi saya terfikir nak cuba cara lebih semulajadi. Saya sanggup buat apa sahaja janji anak saya sihat dan sebolehnya nak elakkan pengambilan ubat sebab dia masih kecil lagi.

Jadi ini apa yang saya lakukan dan ini juga tips buat ibu-ibu yang ada masalah sama macam saya. Alhamdulilah selepas amalkan tips ini hari-hari, Adam Daniyal pulih sepenuhnya secara berperingkat daripada demam, batuk dan selesema..

1. Mandian Air Suam & Lemon
Campurkan air suam-suam kuku dengan hirisan buah lemon dalam besen mandi anak, kemudian mandikan dia dengan cara berendam dalam besen tu. Tapi jangan terlalu lama pulak! Tujuannya wap air suam tu akan melegakan hidung anak yang selsema dan bagi badan anak selesa.. Macam kita kalau pergi spa  berendam air suam campir bunga lah lemon lah, ha apa kita rasa? Segar nyaman rasa seronok je nak bernafas kan? Begitulah juga tujuannya untuk anak.. Sengeh sakan Adam Daniyal waktu mandi, macam orang sihat! Hahaha


2. Wap air bersama Lemon & Buah Zaiton
Sama macam sediakan bahan utk mandi air suam & lemon di atas, cuma titiskan sedikit minyak zaiton dan rapatkan muka baby ke arah wap itu. Ini bagi melegakan hisung bayi yang tersumbat. Hati-hatinya jangan terlalu lama dan terlalu dekat dengan wap.

3. Minyak zaitun & Bawang Putih
Cuci dan bakar 3 ulas bawang putih bersama kulitnya. Agak-agak dah hitam sikit dan naik bau (jangan terlalu hangit), lenyekkan bawang putih tu dalam bekas. Tuang minyak zaiton dalam bekas tersebut. Ha jadi boleh guna untuk sapu di bahagian dada, leher, bawah pelipat kaki tangan anak, supaya dapat melegakan pernafasan dan hidung tersumbat.



4. Teknik Tepuk Precussion
Tepuk belakang badan anak dengan tangan melengkung (macam kita nak sendawakan anak) Ini bagi mengeluarkan kahak. Baby memang tak pandai keluarkan kahak sendiri jadi teknik ini boleh membantu.

5. Kunyit
Ini petua mak mertua saya. Tumbuk kunyi hidup dan sapu pada dahi dan batang hidung anak bagi keringkan selsema.

6. Sedut Hingus
Wajib ibu beli alat penyedut hingus baby untuk hal kecemasan begini. Ini bagi mengelakkan bayi kurang selesa apabila hingus terlalu banyak. Sedut menggunakan alat ini lebih selamat berbanding ibu sedut menggunakan mulut, kerana kuman akan berjangkit pada ibu pula. Kuman dari mulut ibu juga di khuatiri melambatkan proses penyembuhan si kecil.




7. Rehat di rumah
Ini juga penting! Elakkan anak kita terdedah dengan tempat yang ramai orang awam. Sebab kuman boleh merebak. Antibodi mereka masih lemah. Jadi sebaiknya bagilah si kecil berehat secukupnya di rumah.



8. Jaga pemakanan ibu
Haa kerana umut bawah 6 bulan baby tak makan solid food lagi dan hanya menyusu badan. Jadi inulah ynag kena jaga makan. berkorban sikit untuk anak kita. Makan makanan yang sihat supaya anak dapat khasiat melalui susu ibu.

9. Nutriferon + Vitamin C + Omega
Ini bukan ubat! ini adalah suppliment semulajadi untuk bantu anak hilang selsema, batuk dan kahak dengan cara ibu tak perlu menangis lagi. HAHA. Haaa ini adalah suppliment wajib saya setiap bulan mesti restok. Saya akan makan dan Adam dapat melalui susu saya. Nutriferon dan Vitamin C membantu meningkatkan imunisasi anak kita. Omega pula dapat memecahkan kahak dan melegakan batuk.



Amalkan petua turun temurun ini, dan pastikan supplimen Nutrferon, Vitamin C dan Omega sentiasa ada di rumah. Anak kita berhak sihat tanpa ubat. Ikhtiarlah semampu mungkin.. Insha Allah...

Jom dapatkan suppliment penguat imuniti anak dengan selamat dan mudah hari ini juga. Cepat wasap saya segera!

Pengedar dan Konsultan Shaklee Terbaik!
Ct Zainab (ID 1232536)
011-3554 6004

No comments:

Post a Comment