Saturday 12 November 2016

Memori Geng Pakai Kertas Keras dalam Tudung. HAHA

Assalamualaikum. Saya ada soalan nak tanya pada korang yang membaca entry saya hari ini. When is your last time hang out with your old schoolmate?? Saya? Hmmm rasanya last jumpa masa majlis kahwin saya tahun lepas. Sampai sekarang dah setahun lebih kahwin, dah beranak seorang dah pun, tak pernah lagi  kami jumpa hang out macam dulu. Ya Allah tetiba baru tersedar! Such a longgg time we didnt meet up? Seriously?? HAHA. Member jenis apakahh ini?!. To be truth, bila dah bergelar seorang isteri dan ibu serta duduk merantau di negeri orang, memang jarang sekali dapat peluang boleh berjumpa dengan schoolmate dulu. Yela sebab semua benda pun family come first, jadi kesibukan harian itu menjadi kekangan juga nak-nak lagi duduk di utara dan semua ex scholmate lain duduk di Johor  Bahru. Tiba-tiba rindu puleksss ! 

Ingat lagi masa di sekolah rendah dulu, Sek Keb Larkin 2, Johor Bahru. Kami memang ada satu geng yang memang saangat rapat, infact sampai sekarang masih keep in touch walaupun hanya dari wasap group. hahaha generasi Y kan.. Saya, noli, fiza, jannah, suhaila, ira, radhiah, izati, ilyana, mak (farhaha) and atiqah. Oh pease remind me if there's a name I accidentally left ! haha





There were few moments, yang mana kalau ingat balik mesti akan gelak sorang-sorang. Ingat lagi dulu memang "in" la kalau pakai tudung, mesti letak kertas transparent tu (i called it kertas keras), buat jadi awning tudung supaya tudung tak senget bila kena tiup angin atau tak benyek waktu bergaduh tarik-tarik tudung. Pakai daripada pagi sampai tengah hari. Nak-nak lagi saya ketua pengawas masa sekolah rendah, jadi imej tu kena jaga beb. Pakai uniform pengawas, warna coklat cair, baju kemeja tuck in, tudung masuk dalam baju, pakai tai pengawas warna merah. Tudung mesti kena pacak sentiasa. Agak-agak kalau hari panas, tarik keluar jap kertas keras tu, mesti penuh peluh, kita lap dulu kasi kering pastu sumbat masuk balik dalam tudung!. Hahaha OMGG sengkuang sangaaattt ! Paling kreatif dan multipurpose, kalau ada yang tak bawak pembaris, keluarkan kertas keras tu pastu buat jadi pembaris jap pastu sumbat balik dalam tudung. Oh I wish I can recall back siapa yang buat macam tu antara kami semua tapi dah tak ingat pulak siapa . Hahaha.


Budak sekolah dulu-dulu, pergi sekolah bawa duit RM2.00 tu dah kira banyak la tu. Waktu rehat, semua bersila tepi kaki lima,  susur gajah tu, buka bekal masing-masing. Ada yang bawak nasi lemak lah, cokodok pisang la, kalau mewah sikit, bawak nasi goreng ada nugget atau hotdog bubuh sos sikit kat sebelah. Haa time tu siapa nak rasa makanan kawan kena mintak izin duu ok. Kau tak, nanti gaduh, tak mau kawan awaaa! Kalau tak beli makanan, memang siap la kena beratur panjang dekat kantin. Siapa potong line, siap la dia! Pengawas tulis nama dia! Dan saya antara pengawas yang sangat berdedikasi ituh.. wahaha!

Jadi pengawas best. Nak-nak lagi ketua pengawas, sebab selalu jadi keutamaan cikgu. Eceh! nak pergi mana-mana pertandingan ke, camping ke, acara sukan ke mesti nama saya antara yang di list kan dahulu. Bolehlah fefeling sekejap jadi anak emas sekolah. Tapi memang dulu masa sekolah rendah, saya boleh di kira antara pelajar cemerlang dan aktif. Olahraga power, ketua bola jaring sampai MSSD, main chess pun ye, Choral Speaking, Puteri Islam, Kelab Tarian lagi, haa ntah apa-apa lagi. Klau boleh semua kau nak bolot! Tu belum masuk anugerah pelajar cemerlang dan UPSR 5A lagi tauu! haaa gitu.. tapi sekolah rendah jela boleh gebang cerita macam ini. Masuk sekolah menengah, apa pun tak boleh! Wakil netball pun jadi reserved je. Sadis! hahaha. Nasibla PMR dan SPM cantik. Bolehlah buat masuk kolej matrikulasi. Eh eh riak pulak khauu ! 

Dulu waktu sekolah rendah pun dah pandai admire-admire orang. Saya ada admire seorang budak lelaki sekolah sebelah kami. Pun pengawas juga, dulu selalu curi-curi tengok, acah-acah terserempak. Paling best kalau dapat jaga pintu pagar waktu balik. Sebab ada chances untuk terserempak. Gatai gilaa ! Paling sweet bola-bola api, kawan saya, Noli dan Shahrul. Dari sekolah rendah sama-sama sampai habis universiti, dan sampai masing-masing kerja, masih lagi bersama. Dulu main post-post surat je guna member (saya jugalah antara postmen tak bergaji tu), sampailah sekarang nak kahwin dah mereka berdua. Alhamdulilah..


Dulu ada sorang cikgu English ni, kami panggil dia teacher. Garang gilaa! Kalau dia bagi homework dan kau tak siap, haa makaa nyaa siaplah buku kau kan terbang dari tingkat tiga terus ke kolam ikan favourite pakcik tukang kebun sekolah. Ataupun siaplah tapak tangan berbirat dan bolehlah makan bersuap di rumah nanti. Janganlah berani-berani culas dengan homework teacher, memang nahas! hahaha. Lepas tu dengan cikgu BM kami, bahasa kena jaga dan bercakap mesti kena sebutannya baku. Biasalah budak JB, kalau saya jadi sayeee. Kenapa jadi kenapeee. oh ya, tak boleh sebut kenape, tapi sebut Mengapa. Haa ingat ya murid-murid.. Kalau masuk kelas dia memang berbelit juga lah lidah, nak berbaku punya pasal. Kalau cakap dengan ciktu tu, rasa dah macam pembaca berita dah kauu. Paling tak tahan cikgu muzik. garang suka jotos-jotos kepala orang. Eh silap, bukan garang. Ni dah tahap ganas dah ni. hahaha. Tapi atas jasa-jasa dan ketegasan guru-guru inilah yang membentuk siapa kami hari ini. Terima kasih cikgu, jasamu tiada tandingan..

Kalau nak flashback balik, memang tak tertulis. Saaangatlah banyak kenangan ynag tak mungkin saya lupakan. Mengenal sahabar-sahabat inilah menjadikan dunia saya lebih terisi. Hingga hari ini, kebanyakkan daripada kami masih rapat seperti dulu. Sebelum saya berkahwin, memang rajin kami buat reunion dan lepak bersama-sama. Termasuk sahabat-sahabat lelaki yang selalu menghiburkan (menyakitkan) hati. hahaha. Azam, Lan Haris, Azri, Shahrul, Syed, Lan Madon, Amir dan Azim. Waktu bulan puasa, hari raya dan waktu majlis kahwin member, haaa time ni konfem akan lepak ramai-ramai dari pagi sampai petang. Lepas tu balik solat dan sambung balik lepak di mana-mana sampai lewat malam Waktu hari raya, konvoi open house dari rumah ke rumah. Wajib setiap tahun. Masa bujang boleh laa... hehehe. 



Sekarang most of us, sudah berumah tangga, ada yang pegang title ibu dan ayah, jadi komitmen pun dah berubah. Last saya berjumpa mereka sewaktu majlis bersanding saya. Setahun setengah yang lepas. Jujurnya sangat rindu. Rindu peel 'syaitonn' mereka, peel gila, annoying dan pada masa sama peel yang melengkapkan hati.. How i wish we all can meet up, hang out, make jokes about others, and laughs till rolling on the floor like we used to do before. I  miss you guys.. Happiness is always in your life, may ALLAH prosper happiness, wealth and goodluck forever in yur life.. :)

Count you life by smile, not tears.
Count your age by friends, not years. 

Ps. Ni saja gambar yang ada. Collection gambar yang lain habiss hangus di telan handphone yang di format tanpa backup. sadiss!! 😭















No comments:

Post a Comment