Wednesday 18 January 2017

Daftar Shaklee Online : Dengan Borang Pendaftaran Atau Dengan SMS


Sudah lama tercari-cari cara nak jimat dengan setiap pembelian vitamin Shaklee? Jika ya, tahniah anda sekarang berada di laman yang betul bagi mendaftar menjadi ahli sah Shaklee sama ada melalui cara SMS/WASSUP ATAU dengan mengisi borang ahli secara online.

Jika anda memilih untuk menjadi ahli secara SMS/WASSUP, ini yang harus anda lakukan. 

1. SMS/WASSUP "DAFTAR AHLI SHAKLEE" ke no. 019-555 7886 dan tunggu reply daripada saya dengan kadar segera 

Dan saya akan guide anda satu-satu cara daftar ahli yang sangatlah kacang goreng saja! Woww! Gitu je? Senangnya? Mestilah senang, sebab itulah saya di takdirkan untuk menolong anda daftar ahli supaya anda tak perlu buang masa ke kaunter office Shaklee semata-mata untuk mendaftar. Hehe..

2. Cara ke dua adalah dengan mengisi borang yang telah saya siapkan khas untuk anda di bawah ini. Baca arahan ringkas dan isi selengkapnya. Dan jangan lupa picit button HANTAR. Atau saya picit anda nanti! Hihihi.


Tahniah sekali lagi lagi kerana anda masih berada di laman ini untuk menjadi ahli Shaklee yang ohsem! Yuran pendaftaran ahli hanyalah sekali seumur hidup iaitu sebanyak RM79.50 (termasuk cas pos kit bag Shaklee). Bayar sekali tapi anda dapat harga jimat berkali-kali seumur hidup. Woww wow weee!!

Ahli juga layak membeli vitamin melalui Promosi Shaklee pada setiap bulan. Part ni saya selalu ambil kesempatan borong stok vitamin siap-siap sebab dapat jimat berganda-ganda. Hehe. Bijak tak saya apabila sel sel mula berhubung? KAH!

Jadi jangan malu jangan segan, jom mendaftar sekarang kalau anda pengguna yang bijak dan nak kekal sihat dengan vitamin semulajadi. Eh kejap, ada yang tertanya siapakah saya yang dok syok ajak orang daftar ahli ni? Saya adalah si manis konsultan Shaklee yang bertauliah dan akan membantu anda tentang apa sahaja persoalan berkaitan vitamin Shaklee. Insha Allah... 

Salam sayang,
Cik Manis
❤❤❤

VIVIX : Keistimewaan dan Manfaat Vivix Kepada Kesihatan


Asaalamualaikum.. Bulan ini promo si magis merah Vivix. Memang tak menang tangan nak membalas wasap dan call penggemar tegar Vivix ini tau. Alhamdulilah.. sangat berbaloi melabur untuk kesihatan dengan mendapatkan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada Vivix ini.

Tengok daripada warna dan rupa botol pun dah nampak gaya premiumnya, apatah lagi rasa dan manfaatnya. Kalau tak, tak kan lah customer yang dah lama sakit diabetis, boleh sembuh, orang yang ada strok pun kini dah bergerak aktif semula, dan para pakar perubatan sendiri pun mencadangkan Vivix pada pesakit mereka. Kan?

Apa yang istimewa sangat Vivix ini?

Vivix adalah supliment premium dalam rangkaian produk Shaklee. Vivix membantu merawat badan bermula daripada sekecil-kecil sel kita iaitu DNA. Ia bantu membaiki DNA menjadi lebih sihat dan mencegah kerosakkan DNA, dan hasilnya keseluruhan tisu dan organ badan dapat bekerja dengan baik dan menjadikan badan berada dalam keadaan sihat yang optimum.


Vivix mampu melambatkan penuaan pada tahap selular level dan mencegah kerosakkan DNA! 

Apakah tugas Vivix dalam badan kita?

1. Mencegah kerosakkan DNA

Setiap hari sel tubuh kita terdedah dengan banyak serangan radikl bebas yang boleh merosakkan DNA dan seterusnya menggangu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan terbaik di dalam Vivix membantu melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2. Memberi Impak Positif kepada Pengawalan Genetik

Vivix mampu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

3. Menggalakkan Pembentukan Baru Mitochondria

Ini mungkin agak saintifik sedikit. Dalam bahasa mudahnya, badan kita ada satu sel penjana tenaga yang di panggil Mitochondria yang menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Jadi Vivix ini menggalakan pembentukan mitochondria yang baru agar mampu meningkatkn tingkat tenaga dalam sel badan.


4. Melambatkan pembentukan protein AGE

Penimbunan AGE dalam badan menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan menggangu keutuhan sel dan panajng umur. Vivix adalah 100% lebih kuat dm melambtkan pembentukan protin AGE ini.

Sebab itulah ramai pesakit kronik seperti diabetis, sakit jantung, darah tinggi, strok, Bells Palsy, Kanser akhirnya sembuh selepas ikthiar dengan VIVIX secara konsisten. Alhamdulilah semua pun dengan izin Allah..

Apakah Ramuan Hebat Dalam Vivix?


Bagaimana bahan semulajadi dalam Vivix ini bertindak menjaga sel DNA dan membaiki DNA kita menjadi sihat?


Muscadine Grape : Anggur muscadine dalam  Vivix ini merupakan anti oksidan yang kukuh dalam menjaga kesihatan kita dengan meningkatkan fungsi imun yang lebih tinggi. ia mempunyai 40 kali ganda polifenol yang terbukti baik untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, melambatkan proses penuaan, mencegah kanser serta sebagai anti-virus dan anti-bakteria. Klau ikutkan anggur ini sebesar bola golf tau dah harganya sangat mahal hingga boleh menceceah RM100 sebiji!

Purple Carrot : Mengandungi Phytochemical dan sumber terbaik vitamin A. Ia juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan mustajab yang bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, Asid klorogenik di dalamnya bertanggungjawab mengurangkan diabetis.

Elderberry : Sangat bermanfaat melawan jangkitan virus dan bakteria kerana mengandungi Vitamin C yang tinggi. Selain meningkatkan imunisasi tubuh, ia juga berupaya mencegah kanser dan mengubati kanser, menurunkan kadar kolesterol, mengatasi dan merawat masalah diabetis. Ia juga meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

Japanese Knotweed : Ataupun dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum mempunyai sumber resveratrol yang tinggi. Digunakan untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Manfaat Vivix untuk Kesihatan :
  1. Menggalakkn rangsangan penuaan yang sihat
  2. Bantu dalam menghalang kanser
  3. Mengrangkan risiko penyakit jantung
  4. Mengurangkan komplikasi dalam pesakit diabetis
  5. Menyokong kesihatan sendi
  6. Mengurangkan insiden bagi pesakit Azheimer
  7. Bantu dalam pengurangan ebrat badan
  8. Meningkakan sistem imun
  9. Meningktkan kesihatan mata
  10. Menyiking kesihatan keseluruhan
Jadi saya sangat sarankan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebotol Vivix untuk enjagaan kesihatan menyeluruh seisi keluarga. Nak-nak lagi kalau ada antara ahi keluarga anda yang mengidap penyakit kronik seperti diabetis, penyakit jantung, strok, bel palsy, gout, kanser atau apa sahaja penyakit kronik lain, eloklah cadangkan mereka menjadikan Vivix sebagai salah satu ikhtiar untuk sembuh. 


Jika anda ingin mendapatkan Vivix bolehlah Wasap di talian ini 019-555 7886. Insha Allah saya akan bantu anda untuk mendapatkannay dan guide cara makan paing berkesan. Insha Allah :)







Tuesday 17 January 2017

Dua Hero Yang Ganjil Tapi Menawan Hati

Hi uols! Buat apa tuu.. petang-petang ni dapat makan goreng pisang sedap jugakkan.. Nak lagi kalau dapat makan sambil tengok TV tanpa debab tu datang serang tepuk-tepuk muka kita mintak dilayan.. lagi best kalau dapat makan tanpa debab tu tenung kita semacam dengan harapan ibu bagi dia rasa sikit goreng pisang tu. Hohh!

Tapi semua tu macam tak mungkin je.. sebab tak lengkaplah kesedapan bergoreng pisang tanpa ganguna si hero debab ku ituh.. Seperti lagu tiada irama, pantai tanpa ombak atau seperti hidung tanpa taiknya.. gituuu.. kah!

Sebab hero tengah beradu setelah kenyang susu, jadi ibu pun gigih menulis entry hoora hooray suka suki pada petang yang mulia ini.. Bila tengk muka Adm Daniyal ni rasa kelakar pulak, sebab saya sendiri tak sure dia banyak ikut muka saya atau suami sebab  macam tak berapa nak iras kami je. Hihihi. 

Nak-nak lagi bila dia buat muka blurr setiap kali ibu dengan ayah fight tentang isu-isu negara seperti siapa kalah osom, dia kena sidai baju atau siapa lambat habis makan, dia kena basuh pinggan. Kadang-kadang tu dia sampai buat dont know aje kalau kami sedang berusaha menegakkan benang yang  basah. Hmm boring mungkin.. Hahaha.

Paling kesian bila ibu membebel, jangan siapa-siapa berani bersuara. Murka permaisuri nanti, merajuklah dia nanti 2 ,3 hari. Nasib baiklah ayah jenis banyak bersabar. Adam Daniyal? Hmm miungkin ingat ibu sedang berbahasa Cina.


Kalau pergi shopping tu, Insha Allah saya bukanlah jenis yang nak itu ini, tapi kalau masuk bahagian barang dapur, nak lagi bahagian sayur dan buah-buahan.. haaa. Insha Allah situlah jawapannya bila resit bill panjang sat lagi. Alah apa salahnya beli pun makanan yang sihat dan wajibkan.. Nasib i tak borong hagen daz ke, ferrero rocher ke.. kenn... 

Tapi saya selalu bersyukur kerana kehadiran 2 hero ganjil tapi menawan hati ini, umpama telah melengkapkan hidup saya. Sekurang-kurangnya ada teman bergaduh, bermanja, dan aset saham pahala saya di akhirat kelak. Semoga Allah melindungi danmenajga keluarga saya dan anda juga.. Insha Allah..





Monday 16 January 2017

Tips Bersalin Dengan Mudah

Assalamualaikum.. Perkongsian ini khas untuk ibu-ibu yang tak lama lagi dah nak sampai due date bersalin. Teringat masa nak bersalin Adam Daniyal dulu. Dan nikmatnya lepas dapat sentuh si kecil buat pertama kali lepas keluar dari perut. 9 bulan bawa di kehulir kehilir, sayu dan penuh kesyukuran bila dia dapat keluar dengan selamat. Para ibu uga pasti boleh mudah bersalin dengan sentiasa berdoa pada Allah dan uga mengamakan Tips Mudah Bersalin ini.


#1. Amalkan Doa Mudah Bersalin

"Dan Allah mengeluarkan kamu dai perut ibumu dalam keadaan tidak menegtahui sesuatu pn, dan dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur. "
 (an-Nahlu  : 78)


"Ya Tuhanku, permudahkanlah jangan kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi MU, Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin.."


Dan banyakkan zikir Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Paus, Laillah haillah anta subhahanaka inni kuntum minaz zholimin..


#2. Kerap Bersama Suami

Kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran, kerana dari segi perubatan, ada pengamal perubatan yang berpendapat air mani suami mampu merembeskan horman yang menyebabkan kontraksi. Jadi memudahkan pintu rahim terbuka. Tapi ada yang mengingatkan jangan kerap bersama suami ketika usia kandungan masih awal kerana khuatir atas sebab yang sama.

Ehem.. waktu bersama tu jangan lupa baca Bismillah dan Doa ketika bersama ya.. hehehe..

#3. Banyakkan Berjalan

Banyakkan berjalan untuk memudahkan proses kelahiran. Dalam erti kata lain, kurangkan berehat dan tidur yang berlebihan. Buat kerja rumah yang ringan-ringan seperti basuh pinggan, kemas barang mainan anak, atau sapu rumah. Petang-petang boleh keluar berjalan di kawasan taman bagi mendapatkan rasa rileks..

#4. Jaga Pemakanan

Ini juga paling penting. Wajib bagi ibu-ibu makan cukup karbo protein zat semua zat-zat lain yang diperlukan badan. Saya sealu ingatkan keluarga dan sahabat saya yang hamil bahawa vitamin adalah satu kemestian bukan lagi keperluan. Kerana dari pemakanan harian kita pun sudah tentu tak lengkap zatnya, sebab ituah perlunya bantuan vitamin dan suppliment. Ibu-ibu harus ingat, anda bukan sahaja makan untuk diri sendiri, tetapi untuk si comel dalam perut anda juga. 

#5. Amalkan Surah Maryam

Biasakn diri membaca Surah Maryam sekerap mungkin. Sebaik selepas solat Isya, ketika kita tak sibuk lagi dengan aktiviti lain, ambil masa untuk baca Surah Maryam, Insha Allah mudah proses bersalin nanti.

#6. Makan Kurma

Ini memang amalan dari zaman moyang-moyang kita lagi. Makanan sunnah ini sangat terbukti berkesan dalam memudahkan proses bersalin. Kurma juga memberi tenaga kepada ibu sewaktu proses keluarkan baby nanti. Amalkan juga sebelum masuk wad bersalin tau.


#7. Minta Keampunan Suami

Ya restu dan redha suami tu sangat penting supata kita mudah bersalin. Minta maaf segala dosa kita oada mereka, sama ada sengaja atau tidak, dan mintalah mereka juga mendoakan kita selamat dan mudah melahirkan zuriat ini. Redha Allah juga bersama redha suami..



Semoga tips ini membantu ibu-ibu lebih bersedia menghadapi saat-saat bersalin dengan mudah dan tenang. Jika bermanfaat kongsikanlah artikal ini agar orang lain juga dapat mengamalkannya.  😀





5 Manfaat dan Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum. Hi semua orang! Hari nak saya cerita apa manfaat dan kelebihan yang saya dapat setelah menjadi ahli Shaklee sekian lamanya. Kalau nak list kan terlalu banyak, tapi saya ringkaskan menjdi 5 manfaat yang anda juga boleh dapat jika mendaftar sebagai ahli Shaklee.




#1. JIMAT

Ini paling semua rang suka, murah dan boleh berjiimat, dan inilah yang akan anda dapat sekiranya anda mendafar sebagai ahli Shaklee sekarang. Sebab jika anda membeli vitamin dengan menggunakan ID ahli anda, aotomatik anda akan mendapat potongan harga 5% - 25% tau! Kalau ikutkan secara RM, boleh dikira anda jimat hingga RM20 bgi setiap botol vitamin. Nak-nak lagi kalau Vivix., Beza harga ahli dam bukan ahli adalah RM100 ok! Banyak tu.. bleh guna beli vitamin lain pulak. Jadilah bijak dengan berjimat melalui cara daftar keahlian dengan hanya RM69 sahaja. Daftar sekali, untung berkali-kali!



#2. PROMOSI

Setiap bulan, Shaklee akan beri promosi khas buat ahli-ahlinya sebagai tanda sokongan dan penghargaan buat semua ahi Shaklee di seluruh dunia. Setiap bulan promosi vitamin adalah berbeza-beza, dan atas sebab inlah ramai ahli berebut untuk borong promosi vitamin sebab dapat jimat lagi dengan harga super murah. Untungkan jadi ahli? Hehe..

#3. BIMBINGAN KESIHATAN

Untung lagi jadi ahli kerana berpeluang untuk mendapatkan bimbingn dn konsultansi percuma, pada bila-bila masa sahaja dengan Pakar Nutrisi Shaklee sendiri tau. Anda boleh datang ke mana-mana branch Shaklee di seluruh Malaysia dan berjumpa dengan  Pakar Nutrisi unttuk dapatkan nasihat kesihatan secara percuma. Tapiiii hanya untuk yang bergeah Ahli Shaklee sahaja la... huhu

#4. BUAT DUIT

Paling menguntungkan adalah ahli Shaklee berpeluang menambah pendapatan dengan hanya membenatu keluarga atau sahabat terdekat membeli vitamin Shaklee. Contohnya, jika ada sahabat kita nak beli Shaklee dengan harga yang jimat, ajaklah dia daftar ahli dengan kita. Nanti setiap kali dia membuat pembelian. dia akan mendapat bonus dan kita juga turut merasa bonus itu. Secara tak langsung dah boeh tambah duit poket kan? Bestnyaaa!!

#5. INSPIRASI 

Hidup perlukan inspirasi agar semangat kita tidak pudar dan kita sentiasa berasa positif. Untuk bahagia dan possitif setiap hari, kita mestilah selalu bergaul dengan orang-orang yang positif, membaca, mendengar dan meihat perkara-perkara yang positif hingga tertanam dalam minda bawah sedar kita. Mana nak dapat perkara positif ini? Saya berani jamin salah satu tempatnya adalah daripada keluarga besar SuperStar Shaklee. Ini terbukti sendiri dengan perubahan atas di saya sendiri selepas mengenal keluarga Shaklee ini. Alhamdulilah saya lebih jelas dengan hala tuju dan apa yang saya mahukan dalam hidup. 


Kesemua manfaat dan kelebhan ini juga mampu menjadi milik anda jika anda mula bertindak sekarang. Bertindah mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee di dalam team saya iaitu SuperStar Shaklee. Insha Allah kita akan sama-sama di bimbing oleh leader-leader yang terbukti hebat rohani, mental dan stratergi bisnes yang terbaik. Insha Allah..

Macam mana nak daftar ni? Senang sangat! Anda ad dua pilihan  :

 I) Daftar Secara Manual, call/wassup saya segera di talian 019-555 7886 

ii) Daftar secara online, dengan hanya ISI BORANG AHLI DISINI

Tahniah! Tahniah! Kerana anda telah membuat keputusan bijak  demi kesihatan anda dan orang tersayang :D

Daftar Ahli Shaklee Dengan Pengedar Shaklee Jitra/Alor Setar

Selamat Datang Sahabat Shaklee di Utara sekalian! Selalu sangat cari produk Shaklee yang boleh terus sampai depan pintu rumah tanpa perlu tunggu 3 - 5 hari pos laju kan? Haa jadi inilah masanya anda berubah cara dengan lebihi mudah!

Daftar Ahli Shaklee terus dengan Pengedar Shaklee Jitra/Alor Setar sekarang juga supaya senang berurusan dan boleh terus dapat vitamin Shaklee anda dengan cepat. 




PENGEDAR DAN KONSULTANT SHAKLEE 

SITI ZAINAB ABD RAZAK

ID : 123 2536

CALL/WASSUP : 019-555 7886

COD : JITRA, ALOR SETAR, CHANGLUN

POS SHAKLEE KE SELURUH MALAYSIA




Sunday 15 January 2017

Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

Mudahnya cara nak daftar jadi ahli Shaklee hari ini. Tak payah susah-susah pergi office Shaklee pun, dah boleh daftar online je. Jimat duit minyak, jimat tenaga dan jimat masa kan.. Semuanya boleh buat dengan online saja. Yeayy!


Senang sangat nak jadi ahli, anda hanya perlu isi maklumat diri dalam borang online ini sahaja dan bila siap isi cepat-cepat wasap saya di 019-5557886 untuk saya aktifkan pendaftaran jadi ahli Shaklee anda itu. 


Ok siap isi! Tak sabarnye nak terus guna No ID ahli untuk beli vitamin dengan harha jimat berbaloi-baloi! Eh kejap.. sebelum tu cepat wasap "Daftar Online Shaklee" di 019-5557886 untuk pengaktifan borang ahli ya... Barulah boleh dapat semua manfaat sebagai ahli..

Apa ya manfaat jadi ahli Shaklee? Haaa jangan nangis tau kalau saya cerita apa yang best sangat jadi ahli Shaklee ni.. hihi..

1. Anda akan dapat membeli semua jenis suppliment Shaklee dengan harga ahli iaitu jimat dari 5% - 25%! Beza harga pasaran dengan harga ahli nak dekat RM20 jugak tau! Bayangkan berapa banyak benda lain kita boleh beli dengan duit tu? 

2. Anda juga layak sertai kesemua jenis promosi bulanan Shaklee. Dah la dapat harga jimat sebab ahli, dapat lagi potongan discount pada harga vitamin itu juga. Best sangat!

3. Anda boleh akses ke group rahsia bimbingan Master dan leader-leader hebat daripada Superstar Shaklee

4. Anda boleh join pelbagai acara yang Shaklee anjurkan untuk ahli-ahli. Acara yang bantu menambah kesedaran dalam bidang kesihatan dan gaya hidup yang lebih bermakna.

5. Paaalimg best, jika anda nak tambah duit poket dengan modal hanya RM79.50 (termasuk pos kit bag Shaklee) Shakleelah jawapan nya! Modal rendah, pulangan lumayan berganda setanding usaha. Insha Allah..

Bestnya bestnya! Tak sabar nak daftar sekarang jugak! Boleh terus je buat duit sambil sihat. SAYA NAK DAFTAR SEKARANG JUGAK!

Terima kasih daun keladi.  Kejap lagi kita jumpa lagi.. 😘😄


Monday 9 January 2017

Kulit Cantik Tanpa Make Up Dengan Set Kulit Cantik Shaklee


Assalamualaikum. Kulit cantik adalah impian setiap wanita, walaupun ibu yang dah beranak empat lima, dan wanita yang dah berusia, tetap nak juga kulit cantik walaupun tanpa make up. Ha impian semua wanita tu. Jangan terkejut tau, kalau saya bongkarkan satu rahsia tentang Set Kulit Cantik Shaklee ni. 

Iyaa... ni memang benar atas testimoni sendiri lagi. Sejak berpantang lagi saya amalkan vitamin Shaklee dengan niat nak tambah susu dan bertenaga, sampailah satu pagi tu, bangun daripada tidur, suami tegur, 
"Sayang makan apa? Awat kulit muka makin elok ja b tengok..? Tak mengelupas dah macam haritu.."

Terus segar hilang mengantuk bila cik abang tanya soalan cepu emas begitu. Hihihi. Apa lagi, walaupun tersipu malu, tapi dengan bersemangatnya saya cerita tentang apa yang saya amalkan. Semangalah sebab suami sendiri puji, padahal kita tak adalah usaha keras sangat nak kulit cantik, tapi Alhamdulilah secara tak langsung, dapat kulit yang cantik walaupun tanpa make up.

Saya amalkan makan Vitamin C Shaklee dan minum ESP Shaklee setiap harilah jawapannya. Masa berpantang, saya amalkan dua supliment di atas, ditambah pula dengan Alfalfa dan Ostematrix untuk tujuan tambah susu dan kuatkan sistem imun. 

Tapi Alhamdulilah, secara tak langsung, saya bukan sahaja dapat tambah susu, bertenaga sepanjang berpantang, tetapi siap dapat kulit yang cantik lagi walaupun tanpa makeup. Inilah rahsia saya mendapat kulit cantik dengan Set Kulit Cantk Shaklee.


Bagaimana ESP dan Vitamin C dapat membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik dan berseri tanpa jerawat?

ESP 
  • Minuman protein yang memberikan asid amino terbaik yang diperlukan untuk merangsang semula pembentukan kolagen kulit dan otot.
  • Melembutkan dan bantu memutihkan kulit

Vitamin C 
  • Antioksidan yang kuat, melawan radikal bebas, melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya 
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit, yang menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan menjaga kehalusan kulit wajah.

Paling terbaik, anda boleh menambah vitamin E dan juga B Complex untuk mendapatkan kulit berseri tanpa make up.

Vitamin E
  • Melindungi kulit daripada sinar Ultra Ungu dan meindungi daripada  radikal  bebas yang merosakkan kulit.
  • Menjaga kelembapan, kesegaran dan keremajaan kulit.
  • Melambatkan penuan dan mengurangkan garis halus, parut dan jerawat di kulit.

B-Complex
  • Mencegah pigmentasi dan mengubati jerawat.
  • Menghilangkan stress faktor muka berjerawat dan kulit kusan
  • Membantu pembinaan sel-sel baru dan buang toksin di dalam badan.

Kalau kulit bermasalah, jawapan mudah bagi menyelesaikannya adalah melalui penjagaan dalaman badan. Kalau dalaman tak di jaga, pakailah apa produk pencuci muka sekali pun, mukanya tetap begitu juga.



Pencuci muka atau makeup hanyalah penutup luaran sahaja. Nak wajah cantik kenalah rajin makan vitamin, supaya badan cukup zat. Badan yang cukup zat, akan terpancar melalui wajah yang cantik, berseri dan bersih..


Berminat untuk dapatkan Set Cantik Shaklee ini? Boleh wasap saya di talian 019-5557886.. Jadi lepas ini, tak payah gigih make up tebal-tebal pun, dah boleh nampak cantik dengan Set Kulit Cantik Shaklee.













Tuesday 3 January 2017

Set Bersalin Shaklee : Set Terbaik Ibu Hamil Dan Berpantang

Assalamualaikum. Seronok saya nak bercerita kali ini tentang Set Bersalin Shaklee yang saya sendiri guna masa anak petama lagi. Sejak share di Facebook hari itu, ramai betul kawan-kawan wasap saya dan tanya tentang Set terbaik untuk ibu hamil dan berpantang ni. Sebab itulah saya semangat  nak berkongsi di sini. Hehehe.


Saya kenal Set Bersalin Shaklee ini pun masa saya gigih cari waktu dalam berpantang. Masa tu saya Google dan jumpa banyak betul entry tentang Set Bersain Shaklee, sampaikan saya terfikir, apa yang bahgus sangat set ini sampai ramai betul ibu-ibu satu dunia pilih set ini. Saya siap buat perbandingan lagi tentang set-set bersalin pelbagai jenama di Malaysia. Gigih kan! Tapi tetap ramai yang memilih Set Bersain Shaklee. Wow!


Bila sendiri dah pakai barulah saya faham apa yang best sangat tentang set ini. Jom saya share sikit tentang pengalaman saya berpantang denga Set Bersalin Shaklee. Mula-mula saya gunakan satu set bersalin yang sangat famous di Malaysia, Set XXX. Saya beli dengan harga RM300 masa tu. Mungkin juga silap saya, tersalah guna set bersalin dan faktor sembelit serta lain-lain faktor juga, mimpi ngeri berlaku sewaktu dalam berpantang, jahitan episiotomi saya terbuka! Ya menangis sungguh saya waktu tu.

Di pendekkan cerita selepas jahitan kali ke dua, dan mula mengambil Set Bersalin Shaklee, barulah jahitan saya kering dengan cepat. Alhamdulilah. Berbeza sangat rasanya berpantang dengan Set XXX dan Set Shaklee.

Hingga sekarang pun saya masih makan vitamin dalam Set Bersalin Shaklee ini sebab ianya juga untuk kesihatan menyeluruh. Dan saya juga seorang ibu yang menyusu badan, vitamin dalam set bersalin ini juga sesuai untuk ibu yang menyusu badan tau. Best kan!

Saya dan anak jarang sangat dapat sakit walaupun batuk, demam dan selsema sebab sampai sekarang kami amalkan makan Vitamin C dan Omega.

Kalau dulu kulit saya jenis cepat kering dan mengelupas, sebab konsisten makan Vitamin C dan minun ESP, kulit elok je sekarang, jerawat tak berani nak lekat. Kulit pun dah tak kering..

Omega juga bantu saya dapat balik berat badan masa anak dara dulu iaitu 50kg. Hehe. Misi klinik siap puji lagi kata BMI saya cantik. Alhamdulilah..


Apa Ada Dalam Set Lengkap Bersalin / Berpantang Shaklee?

1. VITALEA 

Multivitamin lengkap untuk keperluan badan ibu dan bayi kerana mengandungi kesemua 28 jenis vitamin dan mineral. Kaya dengan IRON yang diperlukan untuk mengawal tekanan HB ibu agar tidak rendah dan seterusnya mengelakkan risiko mendapat Anemia.

2. B-Complex

Lengkap dengan Asid Folic dan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan. Ibu-ibu pun tahukan kepentingan Asid Folik pada perkembangan tumbuhbesaran bayi? Haa kalau tak cukup Asid Folik, bayi ada risiko mengalami kecacatan tau, terutamnya pada saraf. Sebab tu selalu misi-misi di klinik ingatkan jangan lupa ambil Asid Folic terutama sekali di awal kehamilan. B complex juga bantu jaga saraf ibu agar tidak mudah stress. 

3. Vitamin C

Penting untuk sistem ketahanan badan ibu dna bayi. Ibu dalam berpantang ni antibodinya lemah, senang terkena sakit kalau badan tak cukup zat. Dengan vitamin C, bantu menguatkan sistem imuniti badan dan menjaga tulang serta gigi daripada rosak. Vitamin C juga menjadi pelengkap kepada serapan Iron ke tahap optimum dalam badan.

4. Ostematrix

Vitamin kalsium ini pula menjaga tulang, otot dan saraf ibu. Kalau ibu selalu rasa lenguh badan, sakit belakang pinggang, kejang kaki, sakit gigi maknanya ibu kekurangan kalsium. Bayi kita akan tarik kalsium ibu, jadi ibu perlulah topap kalsium seula dalam badan. Makan Ostematrix Insha Allah hilang masalah itu semua. Paling penting, Ostematrix ini boleh mengelakkan ibu alami sembelit! Sembelit adalah perkara paling digeruni ibu dalam berpantang tau!


5. ESP

Minuman berprotein ini sangat penting kerana membantu ibu lebih bersedia untuk menyusu anak selepas bersalin nanti. Komponen utama susu selain air dan kalsium, adalah protein, sebab itulah ibu mesti memastikan badan dapat protein secukupnya. Dan paling best kulit baby dan ibu nanti lebih bersih tau sebab ESP ini juga membnatu membina kolagen dalam badan. Best kan? ESP juga bantu kawal nafsu lapar ibu, dan bantu elak ibu terjebak dengan Diabetis ketika hamil.

6. Omega Guard

Omega Guard ialah minyak ikan berkualiti yang mengandungi Omega 3 semulajadi dan terpelihara. Omega 3 sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Omega mengandungi DHA yang baik untuk perkembangan otak bayi dan juga mengelakkan sindrom pelupa yang biasanya terjadi pada ibu lepas bersalin. Paling best Omega juga bantu ibu bersalin dapatkan semula berat badan ideal kerana Omega membantu membakar lemak jahat daam badan. Jadi jangan terkejut nanti bila dapat anak bjak dan ibu plak selim aje. hehe.


Apa Beza Set Hamil, Set Bersalin dan Set Berpantang Shaklee?

Alaa.. tak ada apa yang beza sangat pun. Set Hamil Shaklee mash sama dengan Set Bersalin dan Set Berpantang Shaklee, cumanya ada tambahan beberapa jenis vitamin mengikut keperluan tertentu ibu tersebut. Ada orang panggil Set Bersalin, ada orang panggil Set Berpantang, padahal kedua-dua set itu adalah sama. Huhu. Paling terbaik, Set Hamil Lengkap Shaklee boleh terus di makan selepas bersalin kerana ia adalah set yang sama. Untungkan?

Berapa Harga Set Bersalin Shaklee?

Kalau nak kata murah, banyak lagi set jenama lain yang lebih murah. Cuma pada pandangan saya Set Bersalin Shaklee adalah set paling jimat dan berbaloi sebab boleh dimakan semasa hamil, bersalin (berpantang), menyusu, dan sampai bila-bila! Sangat untung! Kesemua vitamin dalam set bersalin  Shaklee boleh terus dimakan sejurus lepas bersalin tanpa perlu risau anak ada kuning atau tidak, seperi sesetengah pantang larang jamu. Malah Set Bersalin Shaklee mampu menurunkan kuning bayi dengan lebih cepat tau.

Jadi pada saya harganya adalah sangat berbaloi dengan nilai yang saya dapat melalui set ini yang boleh di makan sepanjang hayat.

Testimoni Set Bersalin  Shaklee

Saya sendiri berani menjadi testimoni Set ini. Selepas amalkan Set Bersalin Shaklee ini, luka jahian episotomi saya lebih cepat kering dan baik dengan sangat elok. Paling best masalah sembelit saya hilang. Alhamdulilah sangat. Saya ingat lagi sebelum makan Vitamin Shaklee, saya menangis setiap kali ke tandas sebab stress dengan sembelit! Memang nightmare tau! Tapi dengan vitamin Shaklee semua nightmate saya hilang!

Di bawah ini saya kongsikan antara testomoni berjaya rakan-rakan yang gunakan Set Bersalin Shaklee dan sangat gembira dengan hasilnya.





Macam Mana Nak Dapatkan Set Bersalin Shaklee Ini?

Senang je, ibu-ibu boleh terus hubungi saya di talian 019-555 7886. Saya sendiri akan terangkan dan jawab apa sahaja soalan yang berkaitan set ini supaya para ibu lebih jelas. Mestilah konsutansinya percuma sahaja jika anda membeli set ini daripada saya. Saya juga akan ajar cara makan set ini dengan paling berkesan bimbingan pakar dan nutritionist Shaklee sendiri.

Ibu-ibu jangan tungu lagi. Ingat, ibu dan bayi perlukan zat yang cukup supaya ibu kekal sihat dan cergas, bayi pula dapat membesar dengan sihat dan bijak. Ibu yang gembira dan sihat akan membawa aura gembira kepada bayi juga, jadi bayi pun dapatlah membesar dengan lebih sihat dan gumbiraa! Yeaay!! 😃



CT ZAINAB (ID 123 2536)
SAHABAT SHAKLEE TERBAIK ANDA
019-555 7886















Monday 2 January 2017

Daftar Ahli Borang Shaklee Online

Fill out my online form.
Use Wufoo templates to make your own HTML forms.

Sunday 1 January 2017

Tips Kekal Positif Menghadapi Ekonomi Yang Mencabar

Asaalamualaikum.. Selamat Tahun Baru! Selamat Datang 2017 yang super duper ohsem! Saya rasa sangat positif tahun ini. Walaupun keadaan ekonomi yang sangatlah banyak drama sekarang, api saya yakin saya mampu hadapinya dengan tannag dan positif. Insha Alah. Hari ni nak share sikit tentang tips saya kekal tenang dan positif menghadapi tahun ekonomi yang mencabar banyak berdrama ini,


#1. Tambah Pendapatan

Ya. Tambah duit poket la apa lagi? Percayalah tiada gunanya kita merungut, bercerita sana sini tentang kepayahan diri kita tak cukup duitlah, harga pampers anak naiklah, menteri songlap duitlah, tapi kita tetap macam tu jugak. Bersembang lebih tapi tambahbaik diri dan pekerjaan langsung tidak.

Anda boleh mula jadikan hobi sebagai cara tambah pendapatan. Kalau pandai buat kek, cuba open order pada hari minggu pada group setaman atau rakan sekerja. Kalau anda makan vitamin Shaklee, cuba cerita pada rakan ofis tentang kesan best selepas anda makan vitamin Shaklee, kot-kot mereka pun nak jadi best macam anda, bolehlah tolong order. Dan dapat bonus bila cukup bulan nanti. Kalau terer dan kreatif bab gubah2 ni. Buatlah servis gubah hantaran untuk member atau saudara yang nak kahwin. Tu semuaa duit tau! Kurang2 boleh tambah buat beli belanja dapur.

KLIK SINI UNTUK CARA TAMBAH PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE

#2. Belanja Kurang Daripada Pendapatan

Ini sangat penting! Ukur baju di badan sendiri. Kalau zaiton sebelah rumah tukar sofa baru, anda jangan sibuk nak berlawan tukar sofa baru jugak. Haa nanti ada pula yang sangkut tak lepas bayar bil elektrik rumah. Belanjalah di bawah pendapatan. Saya sendiri, masa baru berpindah rumah, sofa, katil dan almari baju pun tiada masa tu. Sebab belum mampu lagi dengan pendapatan kami ketika itu. Tapi Alhamdulilah bahagia je hidup walaupun tak bersofa, sekurangnya mampu bayar bil2 yang lebih penting macam elektrik, air, rumah, kereta dan belanja barang makan. Nanti dah tambah pendapatan, haa barulah tambah sikit-sikit barang rumah yang patut..

#3. Mula Menabung Duit Hijau atau Oren

Ini teknik menarik yang saya belajar. Buat tabung khas untuk apa yang kita nak. Contoh tabung Roadtax Kereta. Tabung Bercuti di Pulau Langkawi. Setiap kali berbelanja atau setiap kali kita dapat duit note hijau (RM5) dan/atau note oran (RM20), ha terus cepat2 simpan dalam tabung tu. "HARAM" digunakan duit itu. Sebab kena disiplin menyimpan. Kalau terguna wajib ganti balik dwngan jumlah double. Contoh terguna RM5 = ganti balik RM10. Cukup masa nanti, bila anda pecahkan tabung tersebut, anda pasti akan terkezuutt dan seronok tengok hasil hijau dan orwn daripada tabung tu. Hehe. Saya dah cuba. Bangga beb bangga! Hahaha.

#4. Barang Terpakai Bukan Dosa

Dosa tidak apatah lagi haram. Wah! Contoh, baju anak pertama masih boleh guna, maka bagilah pada anak no 2. Baju raya tahun lepas masih elok, gunalah buat pakai untuk raya haji pulak. Contoh mak bagi meja makan lama sebab ayah mampu beli meja makan baru, ha apalagi ucap terima kasih dan ambillah letak kat rumah kita. Tak payah keluar duit beli meja makan lagi. Kasut vavavom masa kahwin haritu elok lagi, gunalah bawak pergi kerja. Jangan acah acah beyonce tiap2 bulan tukar baju kasut baru pulak. Kang nanti makan nasi dengan kicap baru tahu. Bukan marah... tapi nasihat... hehe

#5. Sibukkan Diri Supaya Tak Sempat Nak Riadah di Shopping Mall

Ha macam mana nak sibukkan diri, yaa silalah tambah pendapat, rujuk tips No. 1 semula. Contoh kalau anda sibuk ambil tempahan order kek, masa untuk berhuhu di shopping mall pun tak tak sempat masuk dalam agenda tau. Bula kurang masa di shopping mall, makanya kuranglah nafsu membeli, bila kurangnya nafsu membeli, makanya selamatlah duit anda ituhh.. bolehlah buat masuk tabung holiday. Yeaayyyy!!

#6. Berhenti Merokok.

Khas buat jejak malaya berhentilah merokok supaya anda boleh berhenti membakar duit dan paru2 anda juga. Cakap senang buat tu yang tak senang. Ada ke benda yang senang kat dunia ni? Hidup kat dunia memang untuk bersusah-susah dulu kan? Nak istiqomah solat pun bukan senang, susah tau. Tapi kalau tak paksa diri buat juga memang komfemlah kita akan jadi orang yang nampak semua benda susah. Saya sendiri dan jumpa ramai jejaka hebat yang berkaya berhenti merokok walaupun dah berpuluh tahun mereka terbiasa merokok. Apa rahsia mereka? Memang sungguh2 nak dan ikhtiar dengan VIVIX. Wasap saya kalau nak tahu caranya 019-555 7886.



#7. Berazam Tambah Rumah Bukan Orang Rumah

Juga khas untuk para suami mithali sekalian alam. Letaklah target tambah aset rumah, bukan berangan tambah nelopah atau pazugha pulak. Yang ada pun pun masih garu kepala nak jaga apatah pula nak tambah lagi 2, 3. Haha. Rancanglah kewabgan keluarga, listkan siap2 komitment wajib setiap bulan. Dapat duit bayar komitment dulu, asingkan simpanan dan lebihnya batulah belanja.

Alhamdulilah siap 7 tips saya kongsikan agar tahun ini dapat kita sama-sama hadapi dengan lebih tenang dan positif. Saya sendiri sedang usaha mengamalkan dan semakin banyak manfaat saya dapat. Sebab itulah saya share pada anda juga supaya kita sama-sama menjadi orang yang punya simpanan lebih baik dan suatu hari nanti kita juga mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi. Insha Allah.



CT ZAINAB

TRUSTED SHAKLEE SUPERSTAR
019-555 7886