Thursday 20 October 2016

Sebab perlu makan suppliment

Salam sihat semuaaa! Hari ini saya nak share apa sebab saya makan suppliment. Khususnya suppliment Shaklee. Setiap orang mestilah makan suppliment atau vitamin atas beberapa sebab yang sangat penting dan menjadi keperluan. Kalau tak mesti kita tal heran vitamin ni semua.

Contohnya, kalau kita hamil, mestilah c
ari supplimemt yang boleh bantu kuatkan rahim, sihatkan baby dan maintain kesihatan kan? Lagi contoh kalau kita kulit berjerawat, mestilah makan suppliment yang bantu hilangkan jerawat dan vantikan kulit. Betul?

Kalau saya, ada beberapa sebab utama kenapa saya makan suppliment, iaitu ;

1. Bantu memastikan susu badan sentiasa ada. Sebab memang saya dah niat nak susukan Adam Daniyal sehingga usia 2 tahun. Jadi penting pemakan yang support keperluan menghasilkan susu selain daripada teknik penyusuan yang betul.

2. Bantu bagi tenaga.
Sebab kitalah isteri, kitalah ibu, kitalah ayah kitalah bos bisnes sendiri, kitalah kuli bisnes sendiri -----> tenaga kena tinggi kan? Nak lagi bila selalu ikut husband uruskan bisnes Cuckoo nya setiap pagi. Bagi semangat kauuu ! Haha

3. Kulit tak kering dan boleh fefeling awet mudeee jee uolss ! Haaa ini anatara sebab yang saya paling suuka ! Dah masuk fasa mak mak orang ni, tipulah kalau kita tak mengharapkan kulit muka maintain cantik dan sihat. Kan? 

4. Boleh maintain berat badan yang normal dan sihat.
Selalu orang cakap lepas dah ada anak ni komfem badan macam guni. Wah! Meh saya buktikan bahawa ibu ibu juga mampu maintain berat badan yang sihat. Janji kena jaga makan dan rajinkan diri bersenam. Too mainstream?? Hahaha kelakar pulak ingatkan orang utk bersenam tapi sendiri pun liat nak buat. Takpe, rajinkan diri urus kerja-kerja rumah. Itu pun dah bersenam tau! Kemas rimah, sapu rumah, masak, urus anak haa itu juga antara rahsia ibu boleh maintain berat badan. 

Apa sebab pun kita makan suppliment or vitamin, ingat jangan tinggal makanan harian kita pulak. Pastikan diet seimbang. Jangan curi-curi tinggal sayur ok.


No comments:

Post a Comment