Monday, 10 October 2016

CARA ATASI MASALAH BABY MENANGIS KETIKA SUSU



tips atasi anak menangis ketika hendak menyusu
STRESSS AMAT DENGAN BABY NI !! Dah kenapa baby ni? Menangis aje ! Waktu susu aje menangis. Kanan salah kiri salah, baring tak mau, kuak lentang pun tak jalan. Stress stress stress !! Kalau ada ibu-ibu yang mengalami situasi sama, Stopp!! Jangan terjun katil dulu! Eh eh ! haa saya nak kongsikan tips ringkas bagaimana cara mengatasi masalah baby menangis ketika hendak menyusu.

Sebenarnya kadang2 baby kita buat perangai, bukan sebab dia sakit atau kena kacau dengan hantu ke.. (ok ni over) Tapi. Hanya sebab dia perlukan perhatian ibu. Yes, your attention ! Cuba cek balik. Waktu menyusu baby, adakah kita selalu tengok hp, main game, layan wasap member atau mata melekat di tv saja?

Haa jangan pelik tau, baby menyusu ibu ni bijak lain macam sikit. Kalau dia perasan ibunya asyek tengok hp je, asyek layan tv drama abam bomba i hate u je, mula la dia pun buat tunjuk perasaan. Itu yang jadi serba tak kena tu..

Cuba ibu2 ubah pendekatan. Waktu menyusu, layan dia, tengok mata dia yang bulat tu, sembang dengan dia. Bercakap yang baik baik pada dia. Pesan pesan pada dia. Sayang sayang dia. Yes, your baby can understand what u said ! 😄  Haa kalau selalu ibu buat macam ni, tengoklah perubahannya nanti. Betapa behave nya baby kita bila masa menyusu nanti. 😊

Inilah yang saya praktik kan pada Adam Daniyal. Sampaikan kalau dia nak menyusu, time saya baring mengiring aje dia dah kalut mengiring juga cari susu saya sendiri. Paling tak tahan dia akan buat suara manja mintak susu yang hanya dia saja tau buat! Hahaha. Haihh rasa nak lambung ja si debab sihat ni!

Nota. Dan jangan lupa jaga makan ya. Supaya susu ibu tak putus. Kalau rasa susah nak pastikan diet seimbang setiap hari. Sebaiknya makan suppliment untuk tambah nutrisi dalam badan.
Susu ibu? Jejomss ! 😘


No comments:

Post a Comment