Monday 5 December 2016

MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

Assalamualaikum.. Saya percaya bahawa setiap orang yang berbisnes, buka semata-mata sekadar suka-seka isi masa lapang. Bukan sebab boring tak tau nak buat apa. Sebab kalau itulah sebabnya pasti dia tak akan bertahan dalam bisnes. Begiti juga saya di dalam Shaklee, sapa punya BIG WHY atau sebab kenapa saya kena buat bisnes Shaklee ini sampai berjaya dapat pendapatan 6 angka sebulan.


1. Saya nak beli rumah banglo saya sendiri! Memang macam cliche kan, tapi jujurlah siapa yang tak mahu ada rumah sendiri, betul? nak-nak lagi zaman sekarang harga properties yang menggila mahal dan kadar sewa yang semakin naik saban tahun. Saya dapat bayangkan rumah banglo dua tingkat saya yang mempunyai lima bilik, salah satunya SOHO saya, dapur yang punya peralatan memasak yang canggih, ruang makan yang besar sebab keluarga saya suka berkumpul makan beramai-ramai, dan laman luar yang sangat luas yang siap boleh pasang gazebo dan buat altivit bbq. Wahh bunga-bunga hati bila terbayang. Hehe. Impian dimulakan dengan angan-angan yang direalisasikan melalui usaha berterusan. Insha Allah..

2. Saya nak ada Financial Freedom! Saya nak ada simpanan sendiri berjumlah 1 juta dalam akaun. Memang tidak mustahil jika anda berbisnes, sebab saya sendiri telah berjumpa dengan orang-orang berjaya sebegini. Kesungguhan mereka membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dikecapi.

3. Saya berniat untuk sponser umrah kedua ibubapa dan ibubapa mertua saya dengan pakej umrah 6 bintang Shaklee. Haa jangan main-main 6 bintang tau. Semua di tanggung, fasiliti 6 bintang, makanan yang super sedap, umrah dengab tenang dan selesa, itulah hadiah Shaklee buat leadernya yang berjaya capai target. Insha Allah sayalah salah satu leader itu pada tahun 2017 nanti. 💪💪

4. Kesihatan merupakan nikmat yang paling saya syukuri. Ibu dan ayah mertua saya kedua-duannya mengidap kencing manis dan mereka punya ubat penuh satu beg tau. Sedih rasa setiap kali tengok mereka makan ubat yang banyak tu. Terbayang buah pinggang mereka yangvterpaksa bekerja keras untuk cuci kesan-kesan ubat itu.. Saya tertekad untuk menghadiahkan Vivix setiap bulan pafa mereka dan setiap keluarga saya agar kesihatan mereka lebih baik dan hidup bebas tanpa penyakit. Insha Allah..

5. Saya juga punya impian bahawa suatu hari nanti saya mampu membuka bisnes sendiri di dalam bidang kesihatan dan kecantikan.. Senang cerita saya punya SPA sendiri. hehe..

Kenapa kita perli ada impian dan tulis impian kita itu? Supaya impian lita itu tertanam di dalam minda bawah sedar kita dan menjadikan seluruh anggota badan kita bergerak dan bertindak untuk mencapai imoian tersebut! Ajaibkan kebolehan badan kita? Gunakanlah nilamat kesempurnaan akal, hati dan tubuh badan yang Allah berikan ini sebaiknya.. Usaha dan capailah impianmu... Insha Allah..

No comments:

Post a Comment