Wednesday, 7 December 2016

Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone

Assalamuaaikum. Ingat tak bila kali terakhir anda nampak pelbagai jenis iklan bisnes di handphone anda? Saya yakin tak sampai 5 minit lepas pun anda masih nampak bermacam-macam jenis bisnes bersesak lalu dalam newsfeed Facebook anda, betul? Itulah kuasa dan kegilaan kita pada bisnes online melalui medium Facebook dan Instagram. Tapi untuk akses pada saluran tersebut mstilah ada handphone yang canggih sikit kan.. Zaman sekarang memang semua orang sudah mampu atau 'terpaksa' mampu untuk memiliki satu handphone yang canggih yang membolehkan mereka akses kepada dunia maya. Daripada hnaya menjadi pemerhati atau pembeli online sahaja, saya rasa lebih baik kita juga rebut peluangg untuk menjadi usahawan online, boleh sambil-sambil tambah pendapatan. Jadi hari ini saya nak share cara saya buat bisnes Shaklee secara online melalui handphone pilihan hati. Gituu...

Sebelum join Shaklee lagi saya memang dah berangan-angan nak ada satu handphone canggih yang mengikut peredaran zaman, khususnya yang punya aplikasi kamera yang cantik! Sebabnya, memang niat saya mahu berniaga secara online dan mempunyai handphone yang sesuai adalah sangat penting bagi saya. Jadi bermulalah misi mengumpul duit bagi mendapatkan handphone idaman. Masa tu yang tengah hot adalah Iphone 6 dan Iphone 6Plus. Dan Juga Samsung Note 5 juga tengah meletop masa tu.  Dalam hati memang dah target nak rembat Iphone 6Plus masa tu, jadi gigih la kita ni pun kumpul duit, ikat perut. Nak-nak lagi masa tu dah bergelar surirumah berijazah yang cemerlang lagi terbilang. HAHAHA. lagiah gigih kumpul duit belanja sikit-sikit.

Bila cukup saja duit, suami bawa saya ke kedai handphone, masa tu kami masih tinggal di Langkawi. Untuk pengetahuan semua, harga handphone di Langkawi lebih murah berbanding di tanah besar tau! Untung siapa beli di Langkawi sebab tiada GST. Disebabkan suami saya ni 'kaki' handphone, jadi dia mencadangkan saya membeli Samsung Note 5, sesuai dengan tujuan saya yang ingin berbisnes. 
Alhamdulilah pilihan saya memang tdak salah!


5 Ciri-ciri Note 5 yang super ohsem untuk saya sebagai peniaga bisnes Shaklee online :

1. Reka bentuk yang premium
Galaxy Note 5 yang anggun ini diperbuat daripada kaca dan logam yang bermutu tinggi. Badannya yang nipis dan melengkung membolehkan peranti ini digengan sebelah tangan sahaja. Note 5 hadir dengan warna perang keemasan (gold), kelabu, hitam dan putih. SEmestinya perang keemasan menjadi pilihan saya!

2. Paparan Skrin yang sangat ohsem
Menampilkan paparan 5.7 inch Quad HD Suoer AMOLED dengan penonjolan imej warna seoah-olah hidup yang sangat ohsem Ciri-ciri video yang menarik seperti 'Steady Video' untuk menstabilkan rakaman video, 'Video Collage Mode', membolehkan anda merakam dan menyunting klip video dengan pelbagai efek serta rakaman video dalam format 4K (UHD)

3. Kamera yang unggul
Dilengkapi dua kamera yang canggih iaitu kamera depan 5 mega-pixel dan kamera belakang 16 mega-pixel, konfem tak jemu ambil gambar mahupun selfie. Gambar-gambar poster produk Shaklee juga konfem cantik dengan kamera Note 5.

4. Senjata S Pen
S pen yang halus dan praktikal umpama tarikan terbesar Note 5. Mempunyai kebolehan untuk meningkatkan produktiviti rutin bisnes saya dengan memudahkan saya mencatat nota walaupun hanya di atas skrin hitam dengan serta-merta, tanpa perlu membuka atau 'unlock' Note 5!

5. Aksesori yang mengamcam
Samsung Note 5 juga hadir dengan pelbagai aksesori yang mengancam, jadi bolehlah penggemar aksesori ni buat koleksi. Tetapi macam saya sendiri, saya lebih suka sesuatu yang lebiih mudah dan praktikal daripada aksesori yang teralu fancy. Sebab itu Note 5 saya nampak simple saje tapi memang tiptop dia buat kerja! :D

*Pemilihan ciri-ciri Samsung Galaxy Note 5 diperoleh daripada SINI

Jadi pada anda yang masih tercari-cari handphone yang berbalaoi harga dengan kualitiny, maka Samsung Galaxy Note 5 adalah antara handphone yang anda boleh pertimbangkan. Dengan ciri-ciri hebat, hndphone ini sangat banyak membantu dalam urusan bisnes Shaklee online saya. 


Ct Zainab (ID: 1232536)
Pengedar Shaklee Jitra & Alor Setar
019-5557886










No comments:

Post a Comment