Assalamualaikum.. Nak berjaya bukan senang, tetapi ianya tidak mustahil. Dulu saya ada banyak keraguan untuk memulakan sesuatu. Saya juga jenis yang suka tunggu lengkap dulu semua perkara baru boleh nak mula. Sampailah saya terjebak dengan bisnes Shaklee, dan Allah itu sangat baik kerana meletakkan saya di bawah bimbingan Master Salwa Al Izzah dan mama Fasihah Shukor, serta keluarga Superstar Shaklee. Bersama mereka perlahan-lahan sikap dan pandangan hidup saya berubah. Dengan gembira dan syukur saya kongsikan 5 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee.
Buka minda dan hati anda ketika membaca point-pont di bawah kerana ianya bukan semata-mata untuk saya, ianya ikhlas saya kongsikan untuk anda agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
#1. PERCAYA PADA KEMAMPUAN DIRI
DAN IMPIAN ANDA
Semua orang ada impian tetapi tidak semua orang percaya pada impian dan kemampuan mereka mencapai impian tersebut. Betulkan? Buktinya, hingga hari ini masih ada yang sedang berada atas katil dan berangan berumah besar tapi satu kerja pun tak nak buat. Dengan bisnes Shaklee, saya belajar bahawa jika kita percaya pada kemampuan diri, maka kita mampu mencapai impian yang kita hajati. Tiada istilah "Tak Mungkin" bagi orang yang berjaya. Orang berjaya sentiasa memandang impiannya menjadi kenyataan dan mereka berusaha kuat ke arah itu.
#2. BUAT, BUAT & BUAT!
Impian tanpa tindakan umpama tin kosong. Cakap pandai pungpang pungpang tapi tindakannya kosong kosong ohh... Kalau dulu saya mesti nak tunggu semua perfect baru nak buat, tunggu nak masuk kelas blog dulu lah baru boleh start blog, tunggu itu lengkap tunggu ini siap dulu, baru nak start bisnes. Tetapi sebenarnya kita boleh start walaupun dengan ilmu yang sikit, asalkan kita mahu berguru dan sanggup belajar daripada bawah. Kerana bila kita mula bertindak, perlahan-lahan kita akan belajar menjadi mahir. Bila dah start buat, jangan berhenti. Teruskan buat, buat dan buat sampai kita capai apa yang kita mahukan. Dan satu lagi persamaan orang yang berjaya, mereka tidak merungut walaupun terpaksa bekerja melebihi 10 jam untuk impian mereka. Mereka tidak hidup dengan memberi alasan tidak boleh tetapi mereka mencari penyelesaian bagi setiap dugaan yang dihadapi.
#3. FOKUS!
Haaa ini bukan senang nak buat ye.. HAHA. Nak-nak lagi kalau baru buat sebulan, tapi hasil macam tak berapa nampak sangat, Haa nanti mulalah rasa nak give up, mulalah nak cari bisnes lain, dan mulalah dah nak hilang fokus leteww.. Baru kena uji sikit dah goyang! Rileks, tanam biji benih hari ini bukan esok boleh terus tuai hasil. Bila dah set target, teruskan fokus fokus fokus hingga berjaya! Jangan toleh kiri kanan lagi selagi kerja kita belum settle dan selagi impian kita belum tercapai.
#4. BERSIFAT TERBUKA MENCARI
DAN MENERIMA ILMU
Raaamai orang yang nak berjaya tetapi mempunyai ego yang tinggi! Suruh belajar dengan guru yang ni tak nak, mentor yang itu katanya tak power, master yang sinun katanya tak best. Wah ! Kalau berguru pun tak mahu janganlah mimpi boleh jadi pakar dalam bidang yang anda nak kuasai. Alhamdulilah dalam Shaklee, memang setiap hari setiap jam setiap minit ada saja perkongsian ilmu daripada adik-beradik lain, sampaikan penuh buku nota saya mencatat! Kadang-kadang tu dah fefeling macam doktor pula bila buat nota tentang kesihatan dan suplemen. HAHA. Orang yang berjaya, sentiasa berlapang dada menerima ilmu dengan rendah diri. Dia tidak merasa dirinya sudah pandai, tetapi dia sentiasa mencari ilmu dan tidak kedekut berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain..
#5. POSITIF & BERSANGKA BAIK
Ini juga bukan senang nak maintain. Iaitu kekal positif. Jujurnya saya sendiri banyak kali rasa down bila tak mencapai target sales pada bulan-bulan tertentu. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan superstar Shaklee sebagai pencetus semangat. Dan saya juga belajar untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah, kerana saya percaya setiap daripada kita telah Allah siapkan rezeki, dan rezeki itu tidak pernah salah alamat atau salah tuannya. Jadi bersabar dan bersangka baiklah sentiasa dengan balasan baik daripada Allah..
"There is no mantra for success. One just has to be positive and keep doing good work..
One must keep moving foward and not think too much.."
No comments:
Post a Comment