Assalamualaikum. Selalunya bila dapat duit gaji, apa yang anda akan buat dahulu? Asingkan awal-awal duit untuk bayar komitmen atau berbelanja dahulu membeli barang yang di idam-idamkan selama ini? Saya yakin, ramai yang akan memilih option kedua, iaitu membeli barang keinginn dahulu. Betul? Hehe. Jika betul, nampaknya sudah tiba masanya anda perlu sedar bahawa anda sedang menjalani cara perbelanjaan yang kurang tepat dan berisiko. Gaji yang diperolehi haruslah di asingkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10% dan baki yang tinggal boleh digunakan untuk bayar komitmen bulanan dan berbelanja dengan jimat. Saya kongsikan 5 sebab kenapa kita perlu berjimat cermat bermula daripada hari ini.
1. Tabung Kecemasan
Mula berjimat cermat amat penting sebagai persediaan tabung kecemasan kita kelak. Iya mungkin sekarang kita masih berada dalam keadaan sihat tetapi tiada siapa tahu kemungkinan yang akan berlaku kepada kesihatan kita mahupun keluarga. Dengan berjimat cermat sekurang-kurangnya ia sebagai persediaan jika mana-mana ahli keluarga kita memerlukannya.
Kadang-kadang ada perkara yang tak terduga berlaku seperti kereta tiba-tiba rosak, sekurang-kurangnya kita dapat menghadapinya dengan tenang kerana punya simpanan kecemasan, tanpa perlu meminta daripada orang lain.
2. Simpanan Beli Aset
Sampai bila kita hendak terus menyewa rumah? Setiap kita mesti berimpian ingin mempunyai rumah idaman sendri terutama sekali bila ahli keluarga bertambah. Jadi mulalah berjimat cermat daripada sekarang dan menabung untuk menambah aset rumah sendiri. Dengan wang tersebut, bolehlah digunakan untuk membayar deposit rumah idaman, kalau tidak melopong sahajalah kita melihat orang lain membeli rumah sendiri dan kita sampai ke tua masih menyewa.
3. Mampu Berjalan Di Seluruh Bumi Allah
Sesungguhnya kita semua mampu berjalan di bumi Allah ini, cuma bezanya sejauh mana kita mampu pergi, adakah dalam negara atau hingga luar negara. Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah kesyukuran kita pada Maha Esa. Orang berjaya juga meluangkan masanya berjalan melihat bumi Allah sambil mengambil iktibar daripadanya.
Saya sendiri menyimpan hasrat ingin melancong membawa keluarga ke Cappodocia, Turkey. Hasrat ini hanya akan tercapai jika saya mula berjimat cermat dalam menyimpan dan berusaha untuk menambah pendapatan daripada sekarang. Insha Allah..
4. Membantu Ibubapa
Sejauh mana pun kita telah berjaya, mereka inilah antara orang paling perlu dibahagiakan. Ketika ini ibubapa telah tua dan kudrat mereka juga terhad, sebagai anak, kitalah yang sepatutnya membantu dan menyenangkan mereka dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan membiaya kos perubatan mereka, lengkapkan makan minum mereka, tunaikan hasrat mereka dan banyak lagi. Memberi kebahagian kepada ibu bapa akan menggadakan nikmat Allah kepada kita.
5. Kehidupan Yang Lebih Tenang
Beza hidup orang yang punya wang dengan tidak. Betul duit tak mampu menjamin kebahagiaan tetapi bahagiakah anda sekiranya tidak punya duit bahkan terpaksa meminjam daripada orang lain pulak? Saya yakin jawapannya TIDAK.
Orang yang mempunyai wang simpanan hasil berjimat cermat hidupnya lebih tenang kerana tidak perlu risau jika berlaku apa-apa kecemasan. Cara berfikir, cara hidup dan cara bertindak antara orang yang mempunyai
wang simpanan dengan orang yang tidak punya simpanan juga berbeza.
Jadi anda mahu berada dalam kategori yang mana? Bebas melakukan apa yang anda hajati atau terpaksa melihat sahaja orang lain menikmatinya kerana anda tidak mampu?
Pilihan di tangan anda. Tepuk dada tanya hati, kehidupan bagaimanakah yang aku mahu jalani?
Mulalah berjimat cermat daripada sekarang. Jika anda masih memberi alasan bahawa komitment terlalu banyak dan tidak mampu berjimat, maka jawapannya usahalah untuk tambah pendapatan. Bagaimana caranya? Anda boleh mencuba gaya saya menambah pendapatan dengan kKLIK link ini. TAMBAH PENDAPATAN DISINI
No comments:
Post a Comment