Assalamualaikum.. Hari ni nak fefeling sikit dalam entry kali ini. Hehe. Apakah kekuatan yang membuatkan saya teruskan apa yang saya buat pada hari ini. haa gituuu kenn.. I believe everyone has their push factor to success. The reason why they wake up everyday and keep climbing success's wall. And so do I. Adam Daniyal adalah push factor terbesar saya! Kalau tidak kerana si comel itu mungkin saya tidak setabah seperti hari ini. Alhamdulilah..
Setiap kali rasa down, melihat wajah si hero itu, akan ada suatu macam semangat yang fight rasa down itu. Akan ada satu rasa 'panas' yang akan mengalirkan adranalin dalam tubuh badan saya. Membuatkan saya terus kesat air mata dan kata pada diri bahawa AKU KUAT, AKU PUNYA TANGAN KAKI OTAK HATI YANG BOLEH AKU GUNA SEHABIS BAIK UNTUK BERUSAHA, AKU POSITIF, AKU BIJAK, AKU CANTIK, AKU RAJIN, AKU FOKUS, AKU SENTIASA ADA ALLAH, KENAPA AKU PERLU TAKUT? KENAPA AKU PERLU SEDIH? AKU BOLEH BANGUN! AKU BANGKIT DAN AKU JALAN TERUS!
Yesss!! Jujur setiap kali bicara ini yang saya cakap pada diri, memang saya akan bangkit semula dengan rasa kuat. Cuba anda juga cakap pada diri, PUJI DIRI anda sendiri. Katakan anda cantik, bijak, pandai dan sempurna anggota badan. Syukur apa yang Allah beri pada diri. Mesti ada kekuatan datang time time tu jugak.
Mula mula mungkin rasa macam eh eh macam geli pulak, hahaha but trust me bila dah terbiasa, dia akan jadi ungkapan magis untuk anda!
Suami dan ibubapa juga merupakan kekuatan terbesar saya. Setiap kali rasa down atau marah, suamilah tempat aduan dan tempias.. Maha Baiknya Allah itu kerana memberikan suami yang cukup melengkapi saya. Allah tahu saya seorang yang strict, jenis ikut jadual punya orang, serius ketika bekerja, displin dalam membentuk mendidik anak, teratur dan tersusun dalam hal hal family planning. Jadi dia jodohkan saya dengan seorang yang cool, rileks, dan paling penting sangat sabar! Memang tak terlawan kesabaran si suami. Patutlah dia dapat isteri yang menyeringa tak tentu pasal! Sebab dia mampu handle. hahaha. Terima kasih Allah.
Selain itu, ibu bapa dan kedua mertua juga menjadi push factor saya. Pertolongan yang dihulur mereka ketika kami buntu, hanya Allah yang mampu balas. Ya Allah, kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sedari kami kecil hinggalah sekarang..
Tidak lupa juga keseluruhan keluarga saya sama ada belah saya ataupun suami. Masha Allah betapa besar nikmat yang saya dapat bila diberi keluarga sebaik ini. Berjaya saya suatu hati nanti, mereka-mereka inilah orang yang saya akan berbakti. Semoga Allah sentiasa menjaga hati supaya saya tidak lupa diri.. Terima kasih famili..
No comments:
Post a Comment