Ha hobi yang ni macam pelik sikit. Sikit je. Saya suka bila naik kereta, kami bertiga sekeluarga. Saya suami anak. Nampak macam ek elehh, apa specialnya?
Tapi pada saya ada syoknya tau. Sebab waktu dalam keretalah kadang2 ada moment yang mana kami suami isteri boleh bersembang panjang. Kadang2 boleh pergi sampai isu financial family, family planning, soal didik anak, hati ke hati atau isu dunia yang lebih serius macam, semalam naruto guna kuasa shipuden serang sasuke! Gitu..
Nak2 lagi kalau perjalanan jauh. Lagi banyak sembang. Sebab selalu kalau di rumah, kita masing2 sibuk hal rumah, anak, kerja, bisnes.. Bila dalam kereta, mungkin lebih fokus antara satu sama lain.
Setiap aktiviti/hobi mesti ada sebab dan baiknya. Baiknya hobi 'ek eleh' ni pada saya, buat saya lebih hargai masa dengan family. Kadang2 kita terlalu sibuk dengan hal dunia sampai terlepas moment dengan tersayang. Saya pilih untuk #liveamazing bersama family.
Korang mesti ada aktiviti favourite jugak kan? Share yok! 😍
No comments:
Post a Comment