Hi uols! Buat apa tuu.. petang-petang ni dapat makan goreng pisang sedap jugakkan.. Nak lagi kalau dapat makan sambil tengok TV tanpa debab tu datang serang tepuk-tepuk muka kita mintak dilayan.. lagi best kalau dapat makan tanpa debab tu tenung kita semacam dengan harapan ibu bagi dia rasa sikit goreng pisang tu. Hohh!
Tapi semua tu macam tak mungkin je.. sebab tak lengkaplah kesedapan bergoreng pisang tanpa ganguna si hero debab ku ituh.. Seperti lagu tiada irama, pantai tanpa ombak atau seperti hidung tanpa taiknya.. gituuu.. kah!
Sebab hero tengah beradu setelah kenyang susu, jadi ibu pun gigih menulis entry hoora hooray suka suki pada petang yang mulia ini.. Bila tengk muka Adm Daniyal ni rasa kelakar pulak, sebab saya sendiri tak sure dia banyak ikut muka saya atau suami sebab macam tak berapa nak iras kami je. Hihihi.
Nak-nak lagi bila dia buat muka blurr setiap kali ibu dengan ayah fight tentang isu-isu negara seperti siapa kalah osom, dia kena sidai baju atau siapa lambat habis makan, dia kena basuh pinggan. Kadang-kadang tu dia sampai buat dont know aje kalau kami sedang berusaha menegakkan benang yang basah. Hmm boring mungkin.. Hahaha.
Paling kesian bila ibu membebel, jangan siapa-siapa berani bersuara. Murka permaisuri nanti, merajuklah dia nanti 2 ,3 hari. Nasib baiklah ayah jenis banyak bersabar. Adam Daniyal? Hmm miungkin ingat ibu sedang berbahasa Cina.
Kalau pergi shopping tu, Insha Allah saya bukanlah jenis yang nak itu ini, tapi kalau masuk bahagian barang dapur, nak lagi bahagian sayur dan buah-buahan.. haaa. Insha Allah situlah jawapannya bila resit bill panjang sat lagi. Alah apa salahnya beli pun makanan yang sihat dan wajibkan.. Nasib i tak borong hagen daz ke, ferrero rocher ke.. kenn...
Tapi saya selalu bersyukur kerana kehadiran 2 hero ganjil tapi menawan hati ini, umpama telah melengkapkan hidup saya. Sekurang-kurangnya ada teman bergaduh, bermanja, dan aset saham pahala saya di akhirat kelak. Semoga Allah melindungi danmenajga keluarga saya dan anda juga.. Insha Allah..
No comments:
Post a Comment