Kenapa perlu being complicated sangat ni? Kenapa perlu control makan sana sini? Ape pasal kena makan suppliment banyak sangat? Relax... Allah kan ada
Buat apa nak bergantang sgt pada suppliment?
.
That is me waktu 1st pregnant dulu.
Dah tau period tak datang, masih buat dont know tak nak pergi check. Alasan busy kerja. Masih lagi aktif bekerja macam biasa. Angkat berat sana sini. Jalan macam lipas kudung. Suami tegur saya sengehkan aje. Orang tegur saya anggukkan aje. Tak ambil pusing. Alah aku kan sihat..
.
Until one fine day, yang kononnya baru ada masa nak pergi check, doc sah kan saya pregnant. Alhamdulilah.. But thats not for too long. Kandungan masuk 2 bulan lebih, satu malam ramadhan tu, saya perasan panty liner ada darah. At first i thought there's nothing to be worry.
.
Sampailah 3 malam berturut keluar darah. Malam ketiga tu banyak dari biasa. Baru la gelabah itik kami suami isteri pergi hospital. Masuk emergency. Gyne check, there is no baby's heart beat..
.
No no. I said. Impossible. Sebab masa check klinik haritu ada. Gyne hantar saya rujuk pakar. Doc pakar sahkan memang takde heartbeat. Baby u tak menjadi.. kata doc.
.
Me? Speechless. I just cry inside.. what i have done to this baby??? Tapi dalam hati saja. Doc hanya mampu kata, ada hikmah di sebalik miscarriage ni. Anggaplah lebih baik janin ini tak jadi. Sbb mungkin kalau jadi, dia tak cukup sifat ke, tak sempurna ke, ada complication ke.. Hanya Allah tahu kenapa Dia tak izin kan janin ini membentuk dengan sempurna.
Terima kasih doc kerana jawapan itulah yang menghilangkan rasa bersalah saya.. Saya Redha.
.
Hari ke 2 admit di hospital. Pagi tu perut rasa sakit yangg amat. Macam period pain. Berpeluh2 tahan sakit. Pusing kiri pusing kanan. Last2 saya tertido dalam sakit tu. Bangun2 rasa tilam basah. Tengok2 tilam dah berdarah. Dan sakit 'period pain' tu datang balik.
.
Saya panggil misi and told her, misi saya rasa dia dah nak keluar ni.. kalut misi tu papah saya ke bilik air. Rasa macam nak terberak. Tp sakit. Cangkung2 tak lama lepas tu keluar darah banyak dan, plupp! Keluar macam sekantung darah/daging (im not sure). But what i know, itulah janin saya yang tak menjadi tu.. elok je dia keluar dalam kantung. Bulat.
.
Dalam toilet tu jugak saya menangis. Meleleh air mata air hidung semua. Menangis tertahan2. Takot nanti orang kat luar dengar. Menangis sebab rasa bercampur baur. Sedih sebab rasa bersalah tak pergi check awal2 dan jaga betul2. Syukur sebab Allah mudahkan proses misscarriage ini tanpa perlu proses 'cuci'. Itu lagi ngeri. Syukur juga sebab yakin ada hikmah mcm doc tu cakap. Thank you Allah.
.
Ibu2 hamil, ada sebab kenapa perlu jaga makan ketika berbadan dua. Ada sebab kenapa perlu makan segala vitamin yang di saran doc. Ada sebab kenapa perlu invest sikit untuk beli suppliment agar bayi kita sihat. Ada sebab kenapa jangan angkat or buat kerja berat, makan berpantang dan sebagainya.
.
Kalau awak semua liat nak buat semua tu, atleast please, please do that for baby inside your cute tummy tu. Dia pun nak jumpa siapa ibu yang kendong dia 9 bulan. Jagalah dia sebaiknya supaya nanti dia boleh jadi pelengkap hati kita.
.
Sampai sekarang kalau tengok Adam Daniyal. mesti sayu rasa. Pemurahnya Allah. Selepas di tarik balik, di gantikan semula yang lebih baik. Lagi sayu bila teringat anak syurga saya. Pemurahnya Allah. Dah di berinya saya satu harta syurga yang dah tunggu saya disana.
Allahu.. terima kasih Allah.
.
Sekarang, concern saya tentang kesihatan jauh berubah. Lepas bersalin Adam Daniyal, banyak ilmu saya gali baca tanya tapis dan amalkan. Kalau pergi ceck up di klinik, memang lama la saya dalam bilik dengan doc. Tanya sampai puas hati. Haha.
.
Kemudian saya jumpa insan2 berilmu dalam bidang nutritionist dan kesihatan, Salwa Al'Izzah dan Fasihah Shukor yang banyak bimbing saya, hingga saya yakin boleh menjadi konsultant suppliment Shaklee yang terbaik. Terutama sekali bagi bab2 hamil, berpantang dan menyusu.
.
Dengan Shaklee, bukan sekadar beli dan makan suppliment. Tapi ada satu nilai yang hanya kami pengamal Shaklee saja yang rasa. Nilai dalam berkongsi kebaikan penjagaan kesihatan yang makin tak dihiraukan oleh semua orang.
.
Nilai tentang pentingnya untuk kita educate keluarga dan orang sekeliling kita bahawa tahap kesihatan kita makin tenat. Toksin merata2, termasuklah dalam makanan, pakaian dll. Educate keluarga terdekat juga bukan mudah sebenarnya.
.
Hanya selepas kenal Shaklee, pandangan saya tentang gaya hidup juga berubah. Tentang penjagaan makanan juga berubah. Juga tentang motivasi diri serta keupayaan diri. Tentang BIG WHY. Tentang Semua. Semua telah berubah ke suatu tahap yang jauh lebih baik. Semua dengan izin Allah. Alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment