Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun dah. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Terfikir saya apakah yang telah saya capai sepanjang 12 bulan yang dipinjam Allah ini. 12 bulan, 365 hari diberi peluang bernafas dan menikmati rezekiNya, tiada lain selain syukur syukur.. Menyingkap balik sepanjang tahun ini, 2016 jujurnya merupakan tahun yang mencabar bagi saya. Tetapi setiap cabaran itu juga membawa bahagia kepada saya. Bahagia yang tak dapat di ganti dengan yang lain. Sebelum penghujung 2016, jom saya hare semua moment Tahun 2016 yamg Mencabar Tapi Bahagia buat saya.
Saya berkahwin pada Februari 2015, dan berpindah ke Langkawi mengikut suami. Orang selalu kata, syoknya baru kahwin, honeymoon panjang la pengantin baru. Gitu.. Meh sini cek nak cerita realiti perkahwinan sebenarnya, (mungkin bukan pada semua orang tapi saya percaya ianya realiti kepada kebanyakkan orang). Awal perkahwinanlah sebenarnya fasa yang paling mencabar. Wahh! macam kontroversi je intro! HAHA. Sebab apa? Sebab masa bercinta dulu kita akan nampak semua yang baik saja tentang pasangan kita. Yang wangi-wangi, yang comey-comey, yang cemerlang gemilang terbilang. Sebab apa? Yela, sebab masa tu belum dapat, jadi segalanya kena jaga sebaik mungkin. Macam nak apply kerja la. Time interview, belum tentu dapat kerjakan, jadi sungguh-sungguh tu lain macam sikit kan? Cakap sopan santun penuh adab dan ilmu, pakaian tidy and neat gila, wangi tu jangan cerita bangunan sebelah pun boleh bau.. Gitu... Tapi lepas dapat kerja, mulalah ada yang nampak taringnya tu.. (bukna semua orang ya). HAHAHA biasalah itulah namanya manusia. Memang Allah cipta ada kurang lebihnya.
Awal perkahwinan itulah kita dalam proses mengenal pasangan kita, dan menyesuaikan diri dengan dia. Kalau dulu hidup sorang, bilik kemas cantik saja, mai dua orang, haa semua berganda. Baju berganda. barang atas meja makeup berganda, toiletries berganda, semuaa bergandalah. Termasuklah kerja menguruskan bilik juga berganda, tambah dengan urus rumah, masak, kalau yang bekerja, ha kerja lagi. Jadi dalam proses itu, memang banyaklah pertembungan dua budaya yang ambil masa untuk nak faham masing-masing. HAHA. Time tulah baru kita nampak kurang lebih pasangan yang tiada lagi di sorok atau di cover-cover macam dulu. Haa time tu lah baru kita di ajar erti bersabar, menerima kurang lebih, dan memikul tanggujawab yang kita sendiri pilih.
Tetapi percayalah, proses ini tidak makan masa yang lama jika kita sedia menerima dengan hati terbuka, sabar dan usaha memperbaiki diri. Lama-lama baru kita akan nampak apa sebenarnya makna manis berumahtangga. Jadi antara moment mencabar saya ialah berada dalam penyesuaian diri sewaktu fasa itu. Nak-nak lagi saya jenis yang nak menang saja, ikut jadual punya orang, teratur, tegas, kemas (meaning kalau saya letak barang tu kat situ, lepas guna i want it to be at the right place. wajib!) gitu.. Memang Allah itu Adil. Dia beri kita yang boleh topap apa yang kita tak ada. Husband seorang yang relax, tak ambil pusing sangat hal remeh jadi dia selalu problem-free compare to me. HAHA. Dan seorang yang sangat sangatlah penyabar. Semoga Allah sentiasa merahmati suamiku..
Selepas 4 bulan berkahwin, saya disahkan hamil, tapi kandungan itu tak lama. Anak syurga saya Allah ambi semula ketika baru berusia 2 bulan. Al-Fatihah.. Sedih.. Tapi saya percaya ada hikmah disebaliknya. Rezeki Allah itu Maha luas. 3 bulan kemudian, saya disahkan hamil sekali lagi. Alhamdulilah... Benarkan rezeki itu tak pernah salah alamat? Dan pada 15.05.2016, lahirlah anak seoleh dan bijak kami, ADAM DANIYAL. Melahirkan dia juga merupaksn moment yang mencabar tapi bahagia buat saya. Saat dia diletakkan pada dada saya, menguit-nguit kesejukkan, hanya air mata saja yang mampu menyambut anak ini. Syukur dan lega palinggg bahagia saya rasa ketika itu.
Dalam proses berpantanglah saya kenal Shaklee, selepas mengambil suplemen berpantang Shaklee. Dan dari situ juga saya mula serius berbisnes dengan Shaklee. Dengag niat mahu berjaya, saya akui saya berusaha kadang-kadang tu melebihi kemampuan saya hingga terkadang mengundang stress. Tapi setelah di bimbing baik oleh upline-upline saya, Alhamdulilah jalan saya nampak lebih jelas dan banyak perkara yang berjaya saya uruskan dengan mudah. Itulah pentingnya ilmu yang betul, sistem yang tepat dan mentor yang bagus dalam membimbing kita menuju kejayaan. Ini juga merupakan moment manis saya apabila berjaya menjalankan bisnes hanya dari rumah sambil menjaga si kecil saya dengan tangan sendiri. Alhamdulilah.. Ia suatu kejayaan juga apabila seorang surirumah yang menguruskan rumah, suami dan anak, masih mampu membuat kerja ke dua iaitu berbisnes. Jika anda juga begitu, berbanggalah dengan diri kerana ketika ramai orang yang memilih untuk menjadi surirumah saja, kita pula dah berjaya melangkah setapak ke hadapan.
Alhamdulilah, mungkin ini hanya pencapaian biasa-biasa bagi sesetengah rang. Kerana tiada award atau apa-apa bukti fizikal yang dapat di tunjukkan. Tetapi bagi saya, ia adalah mement indah dan kejayaan besar bagi saya apabila mampu menjaga keluarga saya dengan baik, mampu melahirkan dan mendidik anak saya sendiri dan mampu menjalankan bisnes dari rumah dengan usaha sendiri. Kerana proses-proses yang saya lalui inilah, yang menjadikan saya insan yang jauh lebih baik daripada dahulu. Fasa-fasa inilah yang mengajar saya menjadi seorang insan sebenarnya. Terima kasih Alah atas segala nikmat yang tak terhingga.
Saya berdoa agar tahun 2017 akan datang lebih banyak kejayaan dan kebahagian yang dapat kita kecapi bersama. Dan menjadikan kita insan yang lebih bersyukur. Insha Allah...
CT ZAINAB (ID 1232536)
PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DENGAN CARA MAKAN PALING BERKESAN
IG : ctzainab_ superstarsuppliment
Fb : ct zainab
CT ZAINAB (ID 1232536)
PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DENGAN CARA MAKAN PALING BERKESAN
IG : ctzainab_ superstarsuppliment
Fb : ct zainab
No comments:
Post a Comment