Sunday, 6 November 2016

Saya Si Ibu Ohsem Dari Pulau Lagenda !

Assalamualaikum. Saya Siti Zainab, merupakan blogger yang baru berjinak dalam dunia blog. Juga merupakan pengedar bertauliah Shaklee Malaysia, khususnya di Langkawi, dan konsultan kesihatan yang suka berkongsi pengalaman dan tips berkenaan kehamilan, berpantang dan menyusu.
Seorang isteri kepada Mohamad Zamsyah Iskandar dan ibu kepada si hero bijak Adam Daniyal. Menjalani hidup di pulau lagenda, Pulau Langkawi selepas berkahwin. Lahir di Johor Bahru dan telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik perempuan dan seorang adik bongsu lelaki.
Saya juga amat meminati bahan penulisan tentang kehidupan terutamanya keibubapaan, bisnes, kesihatan dan kecantikan, pelancongan serta motivasi. Berimpian mahu memiliki bisnes sendiri dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecantikan suatu hari nanti. Doakan saya ya..
Saya harap medium blog ini dapat dijadikan medium perkongsian bermanfaat tentang pengalaman hidup seharian saya dan perkongsian ilmu dari pengalaman saya hamil, berpantang serta menyusu.
Sekianlah dari saya..
Pehh! Skema formal betul ! Penatnya lahai fikir ayat seketul seketul macam ni. Haha.
Apa apa pun, terima kasih kerana sudi singgah di sini ya sahabat yang baik..
Salam perkenalan dari saya, si ibu dari pulau lagenda ! ❤❤

No comments:

Post a Comment