Wednesday, 30 November 2016

7 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee

Assalamualaikum.. Saya Siti Zainab pengedar Shaklee di Malaysia. Sedia untuk COD di kawasan Jitra khususnya Bandar Darul Aman dan sekitarnya, Alor Setar dan Langkawi. Tetapi sekiranya anda berada luar dari kawasan yang saya nyatakan, jangan risau, anda masih boleh beli Shaklee online dengan saya dan saya akan terus poskan (ke seluruh Malaysia) hingga sampai kepada anda dengan selamat. Memang banyak pengedar Shaklee yang lain, tetapi tidak akan sama dengan Siti Zainab nan seorang. Gituu.. hihi. Jom saya cerita 7 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee. Selamat berkenalan dengan gembira! 😍


#1. Pengalaman Lebih 20 Tahun Makan Vitamin Shaklee

Haaa tudiaa.. mana nak dapat Shaklee Independent Distributor (SID) macam ni? Hehe. Walupun saya tak sampai 20 tahun tetapi di dalam team SuperStarShaklee, ada yang mempunyai 20 tahun pengalaman makan vitamin shaklee dan mendapat hasil yang positif daripadanya. Boleh kata setiap vitamin Shaklee itu kami pernah makan dan tahu bagaimana kesan dan manfaatnya. Sebab itulah kami mampu memberi konsultansi terbaik kepada anda supaya anda juga mendapat hasil yang terbaik untuk kesihatan diri dan keluarga. Insha Allah dengan izin Nya..

#2. Akses terus dengan Nutritionist Shaklee

Ya membeli Shaklee dan mendaftar ahli Shaklee dengan saya bermakna anda layak mendapat akses untuk bertanya sebarang isu terus kepada Nutritionist Shaklee. Pakar Nutrisi kata orang utagha. hehe. Anda tak perlu tunggu dan melalui banyak protokol yang memakan masa hanya untuk mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan atau pemakanan vitamin anda. Semuanya boleh tanya dan mendapat bimbingan terus daripada nitritionist. Haa untung ke bertuah? hihi

#3. Informasi yang Tepat dan Cara Makan Paling Berkesan

Kebanyakkan SID hanya pandai menjual vitamin tetapi tidak menerangkan cara makan yang betul sampaikan pelanggan tak dapat kesan positif yang sepatutnya. Paling teruk mereka hanya membuta tuli bagi cara makan vitamin ikut blog-blog orang di internet. Salah ye cara tu. Sebab lain orang lain isu kesihatannya jadi cara makannya adalah berbeza. Ramai pelanggan sebelum ini membeli dengan SID lain tetapi datang untuk rujuk saya cara makan yang betul.. Untuk pengetahuan anda, adalah menjadi kesalahan dalam undang-undang bisnes Shaklee untuk hal demikian. Sebab takut ada isu cross-line, maksudnya kita rampas customer SID lain. Padahal customer tu yang datang cari kita.. Jika anda membeli dengan saya, Insha Allah saya akan pastikan  anda mendapat bimbingan cara makan sebetulnya hingga mendapat hasil yang anda mahu. Kerana saya bukan jadi pengedar Shaklee untuk menjual semata-mata tetapi dengan niat utama supaya lebih ramai pelanggan saya sihat dan hidup lebih gembira dengan amalan pemakanan vitamin yang betul.


#4. Pakar Penyusuan, Pakar Set Hamil dan Berpantang, Pakar Detox


Wah terernya saya! Semuaa benda saya pakar tau! Haha.. Sebenarnya  dalam team SuperStarShaklee, kami mempunyai pakar penyusuan yang bertauliah sejak tahun 2007 lagi. Kata orang aloqstaq, Lactation Consultant. Gituu... Kami juga ada ibu-ibu yang pakar dan merasai sendiri pengalaman menggunakan set hamil dan bersalin Shaklee, termasuklah saya sendiri. Ini sangat sesuai jika anda berminat untuk cuba Set Bersalin Shaklee, rujuk panduan bersalin seperti panduan bersalin ibu pertama kali berpantang, panduan berpantang sendiri, menu-menu dan masakan berpantang sihat, dan banyak lagi. Kami berkongsi bukan semata-mata daripada ilmu formal tetapi juga dari pengalaman sendiri. Jika masalah anda selain daripada isu hamil, berpantang, menyusu, jangan risau kami ada Pakar Detox yang bertauliah dan berpengalaman! Segala rujukan dan bimbingan lengkap ada di sini untuk anda.



#5. Kumpulan Sokongan dan Group yang Aktif


Pernah tak anda masuk group bisnes tetapi groupnya macam senduu aje.. sedih kan? Rasa macam, eh aku terpedaya sudah! Haha. Saya pernah berada dalam situasi yang sama sehinggalah Allah temukan saya dengan Team SuperStarShaklee. Team yang aktif dan fresh dengan informasi tentang produk Shaklee dan bisnes Shaklee juga, sangat sesuai untuk yang nak daftar ahli Shaklee, untuk makan sendiri dan juga untuk yang nak buat Bisnes Shaklee Online mahupun Offline.

Support daripada master, leader dan pakar-pakar dalam group ini, Masha Allah memang sangat hebat dan positif. Sampaikan saya rasa kalau saya tengah down, famili SuperStarShaklee inilah antara faktor  saya bangkit semula.. Saya lebih mengenali diri dan menghargai sekeliling dan jelas dengan matlamat hidup selepas berada bersama famili ini. Tak dapat saya gambarkan tetapi anda boleh merasainya sendiri jika anda berada di dalam team ini. Insha Allah..



#6. COD di Jitra, Alor Setar, Canglun, Langkawi


Boleh COD segera ke kawasan Jitra, Alor Setar, Canglun dan Langkawi. Jika anda berada di kawasan berkenaan Insha Allah saya bersedia COD vitamin anda mengikut masa yang dipersetujui kita berdua. Mudahkan? Anda tak perlu tunggu lama..


#7. POS ke Seluruh Malaysia

Jika anda berada di luar kawasan COD yang dinyatakan, janhan risau saya akan bantu hantarkan vitamin anda dengan POS ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Team kami juga berpengalaman menguruskan pos hingga ke luar negara tau! Janji pelanggan kesayangan dapat vitamin mereka. Insha Allah..

Saya kira cukuplah 7 kelebihan yang akan anda dapat sekiranya membeli Shaklee atau mendaftar jadi ahli Shaklee dengan saya. Hubungan kita bukan sekadar pelanggan dan penjual tetapi anda juga menjadi sahabat saya selamanya.. Insha Allah.. 😁





Tuesday, 29 November 2016

5 Tips Menaikkan Semangat Bila Ada Ujian Dalam Hidup Atau Bisnes


Asaalamualaikum.. Hari ini hari closing sale Shaklee untuk bulan ini. Dupdap dupdap pulak hati kita. Mana taknya, point masih jauh daripada target awal bulan. Berkejar juga sebenarnya daripada 3 hari lepas follow up customer yang bertanya. Sesungguhnya kita manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal, selebihnya serahkan lah kepada Allah.. Kalau masih tak dapat apa yang kita usahakan janganlah pulak kita putus asa, yakinlah ada sebab Allah tak bagi sekarang. Itulah yang saya selalu cakap untuk pujuk hati kalau target masih tak capai bila dah sampai dateline. HUHU.. Di entry kali ini saya kongsikan 5 Tips Menaikkan Semangat Bila Ada Ujian Dalam Hidup Atau Bisnes. Semoga bermanfaat buat anda semua..




#1. YAKIN REZEKI ITU TIDAK PERNAH 
SALAH ALAMAT

YA YAKINLAH! Bahwa rezeki Alah itu memnag kena pemiliknya dan tidak pernah salah alamat dan masa yang telah Allah tetapkan. Kadang-kadang kita rasa down bila ada ujian daam hidup atau bisnes, padahal dah usaha sehabis kudrat dah ni, sabarlah sahabat, kerana Allah lebih tahu mengapa dia hold dulu apa yang kita minta, atau mungkin Dia bagi kita rezeki di bahagian lain pula.. Teruslah bersangka baik pada Allah. Ingat, Alah mengikut sangkaan hamba-hambanya. Jika kita terus bersangka baik walaupun di uji, tenang sahaja hari kita kelak.. Saya ingin berkongsi kisah guru saya yang tersangatlah tinggi pergantungannya pada Allah dalam usaha mencapai target bisnesnya pada setiap bulan.  BACA SINI - SALE RM11 000 DALAM SATU MALAM! Betapa ajaibnya kuasa Allah sebagai Yang Maha Pemberi . Masha Allah..


#2. LIHAT KEBAIKKAN & PUJI DIRI SENDIRI 
- TEKNIK RAHSIA CERMIN AJAIB!

Ini bukan syok sendiri tetapi ini adalah penghargaan pada diri sendiri. Mentor saya ajar ini sebagai teknik Rahsia Cermin Ajaib! Lihat diri anda di dalam cermin, dan pujilah diri itu dengan penuh rasa kesyukuran. Dan ucapakan terima kasih pada Allah sebab telah makbulkan target-target kita, walaupun belum lagi. Bayangkan dan sebut yang kita dah berjaya capai target kita tu. Kata-kata itukan satu doa? :)

Contoh : "Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah sebab kurniakan muka yang cantik dan otak yang bijak pada aku hingga aku berjaya menjalankan bisnes produk kecantikkan ini dengan berjaya dan semuaa orang nak beli daripada aku.."

"Alhamdulilah terima kasih Ya Allah sebab hari ini kau hantarkan customer yang sangat mudah nak deal, sampaikan dia bei 10 botol Vivix daripada aku.."

"Kau pandai dan sangat rajin ___________ (sebut nama sendiri) sebab tu lah Alah sayang kat kau. Kau selalu solat awal waktu dan kau berusaha bersungguh-sungguh. Sebab tu lah kau berjaya!"

Haaa cubalah buat SETIAP HARI selama 30 hari dan ihat magic yang akan berlaku kepada anda!


#3. BACA KISAH MOTIVASI DAN 
CERITA ORANG YANG TELAH BERJAYA

Untuk menjadi orang yang berjaya kita juga mesti menukar gaya hidup dan perlulah mula banyak membaca. Bacalah buku-buku motivasi agar kita sentiasa dapat bangun daripada kejatuhan. Baca juga kisah-kisah orang yang telah berjaya terutamanya mereka ynag pernah jatuh dan bangkit kembali dengan lebih kuat. Percayalah bahan begini akan mendorong adranalin kita untuk bertindak denagn lebih hebat!

#4. BERGAUL DENGAN ORANG POSITIF DAN BERJAYA

Jangan sekadar membaca, mulalah bergaul dengan mereka yang telah  berjaya dan bergurulah dengan mereka. Zaman sekarang serba canggih dan kesedearan memotivasikan manusia sangat tinggi, kerana iu ramai pakar movasi daripada kalangan usahawan-usahawan berjaya yang berkongsi pelbagai tips bisnes dan kehidupan di interne. Follow mereka untuk mendapakan inspirasi.

#5. UBAH SUASANA DAN KEMASKAN PENAMPILAN

Ini juga sangat membantu saya bersemangat kembali. Kadang-kadang keadaan rumah atau bilik kerja yang bersepah akan tambah serabut di kepala. Jadi apa kata luangkan masa 1 jam untuk mula kemas bilik dan meja kerja anda sebersihnya. Haa barulah ceria sikit mata melihat, lapang sikit otak, kurang sikit stress.. Siapa yang tak suka suasana kemas dan bersih kan? Dan berhiaslah sikit untuk mendapatkan kembali keyakinan diri. Mandi wangi-wamngi pakai baju cantik dan kemas, sisir rambut rapi dan mulakan kembali perjuangan anda dengan Bismillah...


Dengan perkongsian tips di atas, saya harap anda kembali bersemangat dan tidak berputus asa dengan impian anda.. Tiada yang mustahil dengan usaha dan meletakkan sepenuh kebergantungan pada Allah. Insha Allah..




5 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee

Assalamualaikum.. Nak berjaya bukan senang, tetapi ianya tidak mustahil. Dulu saya ada banyak keraguan untuk memulakan sesuatu. Saya juga jenis yang suka tunggu lengkap dulu semua perkara baru boleh nak mula. Sampailah saya terjebak dengan bisnes Shaklee, dan Allah itu sangat baik kerana meletakkan saya di bawah bimbingan Master Salwa Al Izzah dan mama Fasihah Shukor, serta keluarga Superstar Shaklee. Bersama mereka perlahan-lahan sikap dan pandangan hidup saya berubah. Dengan gembira dan syukur saya kongsikan 5 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee.

Buka minda dan hati anda ketika membaca point-pont di bawah kerana ianya bukan semata-mata untuk saya, ianya ikhlas saya kongsikan untuk anda agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.


#1. PERCAYA PADA KEMAMPUAN DIRI 
DAN IMPIAN ANDA

Semua orang ada impian tetapi tidak semua orang percaya pada impian dan kemampuan mereka mencapai impian tersebut. Betulkan? Buktinya, hingga hari ini masih ada yang sedang berada atas katil dan berangan berumah besar tapi satu kerja pun tak nak buat. Dengan bisnes Shaklee, saya belajar bahawa jika kita percaya pada kemampuan diri, maka kita mampu mencapai impian yang kita hajati. Tiada istilah "Tak Mungkin" bagi orang yang berjaya. Orang berjaya sentiasa memandang impiannya menjadi kenyataan dan mereka berusaha kuat ke arah itu.



#2. BUAT, BUAT & BUAT!

Impian tanpa tindakan umpama tin kosong. Cakap pandai pungpang pungpang tapi tindakannya kosong kosong ohh... Kalau dulu saya mesti nak tunggu semua perfect baru nak buat, tunggu nak masuk kelas blog dulu lah baru boleh start blog, tunggu itu lengkap tunggu ini siap dulu, baru nak start bisnes. Tetapi sebenarnya kita boleh start walaupun dengan ilmu yang sikit, asalkan kita mahu berguru dan sanggup belajar daripada bawah. Kerana bila kita mula bertindak, perlahan-lahan kita akan belajar menjadi mahir. Bila dah start buat, jangan berhenti. Teruskan buat, buat dan buat sampai kita capai apa yang kita mahukan. Dan satu lagi persamaan orang yang berjaya, mereka tidak merungut walaupun terpaksa bekerja melebihi 10 jam untuk impian mereka. Mereka tidak hidup dengan memberi alasan tidak boleh tetapi mereka mencari penyelesaian bagi setiap dugaan yang dihadapi. 



#3. FOKUS!

Haaa ini bukan senang nak buat ye.. HAHA. Nak-nak lagi kalau baru buat sebulan, tapi hasil macam tak berapa nampak sangat, Haa nanti mulalah rasa nak give up, mulalah nak cari bisnes lain, dan mulalah dah nak hilang fokus leteww.. Baru kena uji sikit dah goyang! Rileks, tanam biji benih hari ini bukan esok boleh terus tuai hasil. Bila dah set target, teruskan fokus fokus fokus hingga berjaya! Jangan toleh kiri kanan lagi selagi  kerja kita belum settle dan selagi impian kita belum tercapai.

#4. BERSIFAT TERBUKA MENCARI
DAN MENERIMA ILMU

Raaamai orang yang nak berjaya tetapi mempunyai ego yang tinggi! Suruh belajar dengan guru yang ni tak nak, mentor yang itu katanya tak power, master yang sinun katanya tak best. Wah ! Kalau berguru pun tak mahu janganlah mimpi boleh jadi pakar dalam bidang yang anda nak kuasai. Alhamdulilah dalam Shaklee, memang setiap hari setiap jam setiap minit ada saja perkongsian ilmu daripada adik-beradik lain, sampaikan penuh buku nota saya mencatat! Kadang-kadang tu dah fefeling macam doktor pula bila buat nota tentang kesihatan dan suplemen. HAHA. Orang yang berjaya, sentiasa berlapang dada menerima ilmu dengan rendah diri. Dia tidak merasa dirinya sudah pandai, tetapi dia sentiasa mencari ilmu dan tidak kedekut berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain..

#5. POSITIF & BERSANGKA BAIK

Ini juga bukan senang nak maintain. Iaitu kekal positif. Jujurnya saya sendiri banyak kali rasa down bila tak mencapai target sales pada bulan-bulan tertentu. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan superstar Shaklee sebagai pencetus semangat. Dan saya juga belajar untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah, kerana saya percaya setiap daripada kita telah Allah siapkan rezeki, dan rezeki itu tidak pernah salah alamat atau salah tuannya. Jadi bersabar dan bersangka baiklah sentiasa dengan balasan baik daripada Allah..

"There is no mantra for success. One just has to be positive and keep doing good work.. 
One must keep moving foward and not think too much.."



Sunday, 27 November 2016

Bercuti Di Pulau Langkawi Sambil Buat Bisnes Online

Assalamualaikum. Yeayyy cuti sekolah dah mula! Boleh balik kampung! Wahh seronoknya macamlah ada anak yang dah sekolah. Hahaha. Yela kita ni ibu tumpang excited la bila cuti sekolah sebab selalunya time inilah ramai ahli keluarga boleh berkumpul. Nak-nak lagi yang ada anak-anak sekolah, sakan la ibubapa bawa bercuti. Walaupun anak tak sekolah lagi, tapi cuti sekolah tetap mengujakan sebab suasana kampung kami bertambah meriah! Itu untungnya bila ada kampung di kawasan pelancongan, kalau rasa nak bercuti je balik kampung. Hehe. Kampung kat mana? Mana lagi kalau bukan di pulau tersohor di Malaya - Pulau Langkawi! Kali ini saya nak share apa perancangan saya untuk balik Bercuti di Pulau Langkawi Sambil Buat Bisnes Online.

Siapa kata time cuti bisnes tak jalan? Haa mai ceq nak habaq, bisnes online ceq sedia jalan 24 jam tanpa henti tau walaupun tengah bercuti, tengah sakit ka, tengah masak ka ataupun tengah bersilat dengan anak ka, kedai vitamin online ceq tetap jalan! Tudiaaaa nalaaa baq hang! Haha. Inilah untungnya bila memilih bisnes yang betul. Jadi pada ibu-ibu atau surirumah yang rasa nak buat bisnes tapi pada masa yang sama tak nak terlepas masa emas bersama keluarga, Shaklee adalah bisnes tersebut. Kalau masuk kelas coaching pun boleh heret suami dan anak-anak sekali tau. Haa mana ada bisnes lain yang mesra keluarga macam ni..

Rasa-rasa macam berminat la nak join bisnes ni sambil kekalkan masa emas dengan famili.. Macam mana ya caranya? Ha klik aje DISINI . Semudah ABC! 😘



Ok sambung balik ceritanya tentang bercuti tadi. Cuti sekolah kali ini kami sekeluarga akan pulang bercuti di Pulau Langkawi. Balik kampung sambil bercuti uols! Saya merancang untuk bawa Adam Daniyal ke tempat lepak favourite saya, mana lagi kalau bukan tepi pantai sambil menyedut angin rindu laut lagenda. Gituuu... Nama pun anak Pulau, jadi saya mahu dia merasa betapa nyamannya bila kaki berpijak pada pasir pantai dan mata memandang laut biru ciptaan Allah. Semoga dia dapat membesar menjadi anak yang tenang hatinya. Aaminn..


Saya juga ingin membawa Adam Daniyal melawat Aquaria Langkawi. Biar dia dapat tengok live jenis-jenis ikan, penguin, dan pelbagai hidupan laut lain. Sebelum ni asyik tengok dalam flash card aje kan, kali ni bagi tengok live pulak. Supaya dia familiar dengan makhluk-makhluk unik ciptaam Allah, dan tak la jakun sangat bila dah besar nanti, macam ibu dia tengok gamat live pun bila umur dah masuk 20 an. hahaha.



Dan semestinya banyak nanti banyak masa akan dihabis Adam Daniyal bergomoi dengan tok dan tokwan dia. Haha. Sebab jadi cucu paling kecik buat masa sekarang la kan, jadi perhatian tu memang lebih pada dia saja. Menaip ni pun dah seronok apatah lagi bila balik nanti lagi la beronok-ronok. Hihi.

Nutriferon Shaklee : Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Beri Anak Antibiotik

Assalamualaikum.. Demam, batuk dan selsema, adakah perlu ubat? Pernah tak ibu-ibu terfikir soalan ini? Pernah tak ibu-ibu memberi anak antibiotik jika mereka mendapat demam, selsema dan batuk? Baca perkongsian ini tentang apa yang ibu bapa perlu tahu sebelum beri anak antibiotik.

Sebelum ini saya sendiri memang selalu tertanya dan konfius jugak sebenarnya, adakah perlu diberi ubat sekiranya anak-anak kecil terkena deman, selsema dan batuk? Masa Adam Daniyal masuk 4 bulan, dia demam buat pertama kali. Saya rujuk klinik pakar swasta, dan doktor tersebut ingin beri saya antibiotik. Terkejut juga saya. Sebab setahu saya bayi bawah umur 1 tahun tidak sesuai diberi antibiotik, kerana di khuatiri akan menggangu sistem imuniti semulajadi badan mereka melawan virus. Kerana itu saya tolak antibiotik tersebut.


Tahukah ibu bapa, bahawa kebanyakkan deman, batuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Dan jangkitan virus yang menyebabkan demam, batuk dan selsema ini selalunya boleh baik sendiri tanpa makan ubat, tetapi mengambil sedikit masa. Selalunya dari tiga hari hingga seminggu.

Jika anda pergi merujuk doktor, selalunya doktor akan bagi ubat deman, selsema dan batuk sahaja tanpa antibiotik. Sebabnya antibiotik tidak boleh merawat jangkitan yang disebabkan virus, tetapi ia melawan jangkitan disebabkan oleh bakteria.

Ohhh.. Baru saya faham kenapa bayi berumur bawah 1 tahun tidak elok diberikan antibiotik mahupun ubat demam, batuk dan selsema. Ubat-ubatan ini tidak sesuai untuk mereka. Demam, batuk, selsema merupakan jangkitan disebabkan virus jadi ia boleh pulih dengan sendiri kerana badan akan membina antibodi semulajadi untuk melawan virus tersebut.

Jadi Apa Perlu Saya Lakukan Sekiranya Anak Mengalami Demam, Batuk, Selsema?

Ibu bapa boleh membantu anak dengan memastikan:

1. Hidung anak tidak tersumbat bagi mengelakkan ganguan pernafasan yang menyebabkan mereka sukar untuk tidur.

2. Kerap tuam kepala dan badan anak untuk kawal suhu agar tidak naik tinggi. Saya sampai bangun setiap 1 jam pada malam Adam Daniyal demam untuk tuam kepalanya.

3. Jika mereka batuk berkahak, buat teknik percusion. Iaitu dengan menepuk belakang dada mereka dengan perlahan bagi melembutkan dan mengeluarkan kahak.

Ibu-ibu boleh rujuk perkongsian saya DISINI tentang Cara Semulajadi Melegakan Selsema Si Kecil dengan Selamat.

Dan ini pula cara yang paling berkesan yang saya amalkan hinggalah sekarang iaitu ;

4. Berikan anak anda makan suplemen NUTRIFERON. Nutriferon adalah suplemen, bukan ubat. Jadi ia tidak memberi kesan negatif pada masa jangka panjang seperti ubat yang terang-terangan mengandungi dadah, yang boleh merosakkan buah pinggang. Jika anak anak bayi dan masih menyusu badan, maka ibulah yang harus makan Nutriferon ini agar khasiatnya anak dapat melalui susu ibu. Bukan anak sahaja sihat, ibu lagilah bertambah sihat. Jika anak tidak lagi menyusu badan, ibu boleh tuangkan sedikit Nutriferon ke dalam bancuhan susu formula anak sebelum diberi minum.


Alhamdulilah sejak Adam Daniyal berusia 4 bulan lagi, selepas peristiwa dia demam, saya terus mengamalkan makan Nutriferon. Sejak itu saya belum pernha lagi berjangkit demam, batuk atau selsema daripada sesiapa. Adam Daniyal pula kalau selsema, tidaklah seteruk dahulu yang mana menangis meraung setiap malam. Fuhh! Alhamdulilah..

Bagaimana Nutriferon bertindak Memulihkan Demam, Batuk dan Selsema?

Nutriferon adalah gabungan biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Ia bertindak mengukuhkan sistem imun dalam masa tiga hari dengan cara mendorong pengeluaran inteferon semulajadi tubuh kita. Kerana itu ia mampu merangsang peningkatan sistem imun dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cell, B-cell dan mikrofag.



Baca  DISINI saya kongsikan Bagaimana Manfaat Nutriferon Memulihkan Demam, Selsema dan Batuk dengan Selamat.

Penting untuk ibubapa ambil tahu tentang perihal kesihatan anak-anak, apa yang elok dan tidak elok di makan, ubat yang sesuai di makan oleh anak dan rawatan sihat untuk anak-anak. Sebagai ibu saya sangat faham kerisauan ibu-ibu lain jika anak tidak sihat. Jadi jika ibu sayangkan anak dan ingin mereka membesar dengan sihat tanpa selalu makan ubat, maka sediakan sekotak Nuttiferon di rumah anda hari ini juga.

Macam Mana Saya Nak Dapatkan Nutriferon ni?

Mudah sahaja, ibu-ibu hanya perli WASSUP/SMS "NAK NUTRIFERON" ke talian 019-5557886. Saya akan segera bantu anda untuk dapatkan Nutiferon - perisai semulajadi keluarga anda. Insha Allah..



CT ZAINAB (ID 1232536)
SAHABAT SHAKLEE ANDA DENGAN CARA MAKAN PALING BERKESAN
019-5557886



Cara Daftar Ahli Shaklee Online


Assalamualaikum. Adakah anda sedang mencari cara mudah daftar ahli Shaklee secara Online? Tahniah! Kerana anda sedang berada pada tempat yang betul. Sangat mudah untuk daftar ahli, anda hanya perlu pilih sama ada daftar online dengan mengisi Borang Keahlian Shaklee ATAU paling cepat dengan hanya menghantar Wassap/SMS "DAFTAR AHLI SHAKLEE" di talian 019-5557886 sekarang. Sekiranya anda ingin mendaftar di kaunter Shaklee sendiri, anda perlukan ID penaja, gunakan ID ini : 1232536 (Siti Zainab Abd Razak). Dengan cara mudah ini anda sudah dapat membeli semua vitamin Shaklee dengan penjimatan sehingga 25%.



Jadi Ahli Wajib Buat Bisnes Ke?


Daftar ahli Shaklee bukan bermakna anda wajib berbisnes. Tetapi anda wajib mendapat harga ahli yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran (bukan ahli). Hehe. Anda juga 'terpaksa' terima bonus sekiranya setiap bulan anda membeli hingga mencapai 150 UV (dalam RM800 ke atas). Anda juga terpaksa terima bonus sekiranya ada kawan atau saudara mara yang membeli dengan anda. Wahh untungnyaaa! Tak bisnes pun boleh dapat bonus! 😁

Saya Nak Daftar Ahli untuk Makan Sendiri Je..

Mestilah boleh! Memang tujuan daftar ahli agar anda dapat harga jauh lebih murah untuk makan sendiri. Cuma jika anda ingin menambah pendapatan, anda bolehlah mula dengan ambil order rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat. Tiada paksaan ya. Semua atas pilihan anda.

Berapa Yuran Daftar Ahli Shaklee?

Dah la daftar pun mudah, yuran pun tak mahal. Bayar sekali seumur hidup pulak tu. Cuma RM69 sahaja! Dan kalau nak Shaklee pos kan beg ahli, anda hanya perlu tambah RM11 untuk bayaran pos. Kalau anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee, anda boleh walk in saja untuk dapatkan beg ahli. Itu saja, mudah sangat!

Ada Tak Cara Daftar Ahli Shaklee Percuma?

Wahh anda ni memang bijak ambil peluang. Mestilah ada! Hehe. Bagi setiap pembelian sebanyak 200 uv (RM800 ke atas), anda berhak mendapat keahlian Shaklee secara percuma! Faham? Ok saya bagi cara anda dapat daftar ahli Shaklee percuma seperti di bawah :

1. Beli apa-apa vitamin Shaklee dengan jumlah pembelian 200 UV keatas. (Anda boleh kumpulkan belian daripada kawan atau keluarga anda)

2. Beli 2 botol Vivix Shaklee.

Ha dengan cara di atas, Insha Allah anda layak mendapat keahlian percuma selama seumur hidup. Berbaloi sangatkan?

Apa Manfaat Daftar Ahli Shaklee?

1. Anda layak mendapat harga ahli yang sangat murah pada semua jenis vitamin Shaklee.
2. Anda layak mendapat promosi vitamin setiap bulan dengan harga penjimatan.
3. Anda layak mendapat bonus sekiranya belian anda banyak pada bulan tersebut.
4. Anda mempunyai akses untuk hadir ke seminar kesihatan anjuran Shaklee secara percuma!
5. Anda boleh bertanya atau berjumpa dengan pakar Nutritionist Shaklee untuk nasihat berkaitan kesihatan.
6. Dan paling best, anda boleh tambah duit poket pada bila-bila masa dengan menjadi pengedar Shaklee.

Kena Maintain Point Setiap Bulan Ke?

Tak perlu. Anda tak perlu maintain point. Katakanlah dah 3 bulan anda tak beli apa-apa vitamin, dan bulan ini anda nak beli, keahlian anda masih lagi boleh digunakan Insha Allah..

Saya Nak Daftar Ahli Di Cawangan Shaklee, Apa Perlu Saya Buat?

Anda hanya perlu ke kaunter Shaklee dan berikan No ID Penaja iaitu 1232536 atas nama Siti Zainab Abd Razak. Settle!

Sudah faham dan jelas dengan penerangan di atas? Sudah bersedia nak mendaftar ahli Shaklee sekarang dengan mudah? Alhamdulilah Pilih salah satu di bawah :

1.  Isi borang keahlian Shaklee DISINI

BORANG ONLINE DAFTAR AHLI SHAKLEE


ATAU

2. WASSAP/SMS "DAFTAR AHLI SHAKLEE" ke talian 019-5557886



Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Tahniah atas keputusan bijak anda untuk hidup sihat dengan gaya Shaklee. 🖒😄




Friday, 25 November 2016

Nutriferon Shaklee : Produk Shaklee Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

Assalamualaikum.. Kalau aku kaya hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga aku belanja selamba.. Wah gituuu khau jenab! Haha. Tapi ceritanya hari ini kalaulah saya mampu bagi satu suplemen buat setiap keluarga di Malaysia, NUTRIFERON lah yang akan saya hadiahkan! Nah ambil lah korang sorang satu kotak Nutriferon Shaklee sebagai Produk Shaklee Wajib Ada Dalam Setiap Rumah! Dan nyahkan segala panadol serta ubat-ubat deman, batuk, selsema yang memenuhi satu peti ais itu!



Kenapa Nutriferon wajib ada dalam simpanan setiap keluarga? Ok jom saya share sebabnya :

1. Tak Perlu Ubat Demam atau Panadol Lagi

Lagi ramai anak, lagi meriahlah peti ais kita dengan macam-macam jenis ubat. Ubat demamlah, batuk, selsema, pening, ubat angin kuskus la bagai. Boleh kata kat pintu peti ais tu dah macam farmasi. Haha! Jom switch mulai hari ini. Cuba simpan 1 kotak Nutriferon di rumah dan bagi anak makan kalau dia sakit. Insha Allah, lepas ni ibu-ibu dah jarang jumpa dokter untuk mintak ubat lagi.

2. Drugs-free Tanpa Merosakkan Buah Pinggang

TAHUKAH ibu-ibu bahawa, ubat memang membantu baikkan penyakit. Tetapi pengambilan ubat yang berterusan dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang kita? Sebab ubat itu mengandungi dadah (yang dibenarkan dari segi perubatan). Jadi buah pinggang kita terpaksa bekerja keras untuk cuci kesan-kesan dadah ubat itu. Sebab itulah ada kes pesakit darah tinggi yang buah pinggangnya rosak akibat terlalu banyak makan bermacam-macam jenis ubat darah tinggi. Jujurnya saya bukanlah anti ubat, sebab saya makan juga ubat kalau dah sakit sangat. Tapi sejak kenal vitamin dan kepentingannya, saya lebih concern tentang penjagaan kesihatan berbanding mengubati penyakit. Saya bukanlah doktor tetapi saya berkongsi hanya sebagai seorang ibu yang mahukan yang terbaik buat anak dan keluarga.. Saya yakin anda juga begitu kan..? 😊

3. Anak-anak dan Keluarga Jarang Dapat Sakit Lagi

Ini saya berani jamin atas pengalaman saya sendiri. Dulu saya memang jenis orang yang cepat berjangkit selsema atau batuk daripada orang lain. Dalam adik beradik memang saya agak lemah antibodinya. Sehinggalah selepas saya konsisten makan Nutriferon, Alhamdulilah dengan izin Allah saya sangat jarang sakit. Walaupun baru-baru ini satu rumah diserang deman selsema dan batuk, saya antara yang masih sihat. Alhamdulilah sangat! Dan Adam Daniyal juga kalau diserang selsema, memang tak teruk macam dulu. Kalau dulu dia selsema siaplah kami satu rumah tak tidur malam, melayankan dia punya menangis sebab hidung tersumbat. Stress tau! Hahaha. Tapi sekarang saya fully stress-free dengan Nutriferon! 😄


Sebab itulah kalau diberi peluang saya mampu menghadiahkan satu suplemen kepada setiap keluarga di Malaysia ini, Nutriferon lah supplement itu, tanpa ragu-ragu!

NUTRIFERON ni daripada apa? Sedap ke rasanya? Nutriferon diperbuat daripada 4 bahan semulajadi iaitu biji labu, bunga safflower, buah honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Sedap atau tidak terpulang pada tekak masing-masing. Ada customer saya kata sedap, ada bau labu sikit. Ada yang kata rasanya kureng tapi manfaatnya mantop! Tapi nak sihat punya pasal maka redha sajalah dengan apa sahaja bau atau rasanya. 😂

Bagaimana Nutriferon membantu menambah baik tahap kesihatan keluarga kita? NUTRIFERON membantu ;

1. Kukuhkan Sistem Imun Badan dalam Masa 3 Hari!

2. Melindungi daripada Influenza

3. Melawan Kanser dan Tumor

4. Meringankan Stress dan Lesu-lesu

5. Melambatkan Proses Penuaan

6. Kurangkan Infeksi Pesakit Hepatetis B dan C

7. Mempertingkatkan Menopaus

8. Mempertingkatkan PMS

Anda boleh baca entry saya DISINI bagi huraian ringkas tetapi padat bagi setiap point-point di atas. 😍

Sebab itulah saya menjadikan Nutriferon sebagai perisai kesihatan kami sekeluarga.. Bukan sekadar sihat dengan cara semulajadi dan selamat saja, malah peti ais di rumah juga lebih banyak ruang kosong sekarang, sebab dah tak jadi 'farmasi ubat-ubatan' dah. 😂

Jom ibu dan ayah sekalian, sediakan 1 kotak NUTRIFERON bagi 1 keluarga. Jadikan amalan mencegah lebih baik daripada mengubati. Tiada yang terlambat jika anda terus mulakan hari ini. Hubungi saya segera untuk dapatkan konsultansi percuma dengan rujukan pakar dan nutritionist bertauliah!

CT ZAINAB (ID 1232536)
019-555 7886
SAHABAT SHAKLEE TERBAIK ANDA DENGAN KONSULTANSI PERCUMA!

IG : ctzainab_superstarsuppliment
FB : Ct Zainab
FB PAGE : Hamil Berpantang Menyusu Tanpa Stress

Thursday, 24 November 2016

Tips Asas dan Mudah Menguruskan Wang Tanpa Perlu Pening Kepala Lagi

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Awal hari ini saya bangun sebab bersahur untuk ganti puasa. Fuh tahun ni memang jenuh la saya kena ganti puasa. 30 hari tau sebab masa puasa haritu saya dalam berpantang anak pertama. Lepas sahur ada masa nak up satu entry tentang 3 Tips Asas dan Mudah Menguruskan Wang Tanpa Perlu Pening Kepala Lagi.

Saya melihat 20 tahun akan datang ketika masa itu saya  berumut 46 tahun. Wahhh mudanyaa! HAR HAR HAR. Pada masa ini saya berharap agar ada impian-impian saya telah berjaya saya capai. Saya berharap pada 20 tahun akan datang  saya telah pun bebas daripada semua hutang dan pada ketika ini saya telah mampu beli cash pada semua barang yang yang mahu. 20 tahun akan datang saya dapat rilex di rumah dan terus mengembangkan bisnes dalam bidang kesihatan dan kecantikan kepunyaan sendiri. Woahh tersengeh sorang-sorang tulis entry ini. HIHIHI..

Tapi nak capai impian bebas kewangan perlukan disiplin yang tinggi dan konsisten selalu. Ramai mampu cakap tapi tak ramai ada kekuatan untuk betul-betul buat. Hari ini saya share tips cara asas dan mudah merancang kewangan yang saya peroleh melalui pembacaan daripada perkongsian  beberapa tokoh kewangan yang hebat.



1. Buat simpanan 10% daripada gaji setiap bulan.

Setiap kali cukup bulan dapat gaji saja, benda pertama yang wajib anda buat adalah asingkan segera 10% daripada jumlahnya untuk di simpan. Contoh gaji RM1500, asingkan RM150 (10%) dan buat simpanan ke dalam Tabung Haji. Pastikan akaun itu adalah akaun yang kita tak boleh keluarkan duit sesuka hati. Biarkan dia beranak pinak dalam tu.

Kalau sebulan RM150 x 12 bulan = RM1800 setahun.

Katakanlah 5 tahun kita konsisten menyimpan
RM1800 × 5 tahun = RM9000

Walaupun tidaklah banyak mana tetapi siapa nak bagi kan? Kurang-kurang kalau berlaku apa-apa kecemasan  wang back up dah ada. Daripada kita tidak menyimpan langsung daripada dulu, apa pun tadak dalam account. Malah tiap-tiap bulan negatif lagi. Duh!

2. Bayar komitment tanpa bertangguh

Ini sangat penting! Sebab ada sesetengah orang yang sanggup ketepikan wang komitment hanya kerana nak tukar handfon baru. Akhir sekali makan diri bila komitment yang ada bertukar menjadi hutang tertunggak! Lagi parah jika yang dah berkahwin tu. Sebab bukan susahkan diri sendiri saja malah dah susahkan anak dan isteri/suami sekali.

Jadi buat list komitment setiap bulan yang wajib anda bayar tanpa kompromi. Contohnya

Kereta RM600
Sewa Rumah RM400
Bil Air Elektrik RM100
Bil Telefon RM100
PTPTN RM100
Mak Ayah RM200
Sedekah RM100
Barang dapur RM300
 dan lai -lain lagi..

Eh total komitmet dah melebihi pendapatan?? Nak buang salah satu komitment macam tak boleh je sebab semua pun macam penting je. macam mana ni??

Haa kan dah pening... Jika anda berada dalam situasi di atas, maka nya anda perlukan tips yang berikutnya ini...


3. Tambah pendapatan

Ya tambah pendapatan la apalagi?? Kalau dah rasa semua komitment di atas memang tak boleh dikurangkan jadi anda selayaknya berusaha lebih dengan menambah pendapatan. Zaman sekarang memang zaman ekonomi kejam. Tapi kita punya pilihan untuk keluar dari belenggu kegawatan ini. Usahalah semampu boleh. Anda boleh mula buat side income mulai hari ini. Kalau pandai buat kek, mungkin boleh ambil order dari kawan. Kalau tak ada masa, mulakan dengan dropship barang orang. Jadi anda tak payah pening kepala untuk buat produk. Anda hanya perlu jual produk orang saja tanpa simpan stock.

Seperi saya sendiri, Shaklee menjadi pilihan hati bukan semata-mata kerana ingin menambah baik ekonomi saya? tapi juga kerana keberkesanan setiap suplemem semulajadinya.

Alhamdulilah sejak ber Shaklee ini, sedikit sebanyak akaun simpanan saya mengaum la jugak setiap bulan. Hehe. Walaupun bonus belum mencapai 5 angka tetapi saya redha, doa dan berusaha sehabis baik.

Tiga tips simple ini jika di amalkan sebaiknya dengan konsisten, saya yakin anda sudah mampu menyimpan dari sekarang tanpa perlukan tips yang kebaboom untuk mula mengurus wang anda.

Buat yang basic dulu sebelum beralih kepada yang advance.. Disiplinkan diri dengan yang asas dulu sebelum melompat jauh dengan yang lebih besar. Semoga kita semua bebas daripada hutang dan dapat hidup dengan tenang dan gembira. Dan semoga anda juga mencapai impian anda dan dapat relax di rumah menghabiskan masa tua 20 tahun akan datang..
Aaminn.... 😍


Anda berhak bebas dari hutang dan hidup dengan tenang. Jom kita usaha daripada sekarang.. Kurangkan rungutan tambahkan pendapatan.  Jom saya tunjukkan cara buat side income masyuk dengan Shaklee..

CT ZAINAB (ID 1232536)
PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DENGAN CARA MAKAN PALING BERKESAN
019-555 7886


SEMOGA KITA TERUS SUKSES! 💪💪🌟

Tuesday, 22 November 2016

5 Tips Pengurusan Masa Efisyen Buat Surirumah

Assalamualaikum. Pernah tak rasa macam 24 jam masa sehari macam tak cukup je? Rasa macam banyaknya benda nak diuruskan tapi tak siap-siap lagi. Walaupun anda seorang suri rumah, tetapi ketahuilah bahawa seorang suri rumah itu kerjanya kadang-kadang melebihi orang yang bekerja. Tak caya? Cuba berdiri depan cermin, tengok muka sendiri. Cantik tak macam dulu? Ha rambut tu sempat sikat tak lepas mandi tadi? Ntah-ntah bedak pun lupa pakai. Kan kan? HAHAHA. Rilex dont be ashamed of yourself. But be proud. Sebab tak semua orang mampu buat apa yang anda buat sekarang. Seriously! Tapi seboleh-bolehnya janganlah sampai diri tu nampak macam mangsa perang dunia ke tiga pulak, cubalah sehabis baik gunakan masa supaya punyai masa untuk uruskan diri sendiri. Jadi entry kali ini saya nak share 5 Tips Pengurusan Masa Efektif Buat Surirumah Hebat!


1. Cipta Rutin Harian

Yes! walaupun kedengan cliche, tapi dengan rutin harian ini masa anda akan lebih teratur dengan baik. Contohnya setkan masa untuk memasak setiap hari pada jam sekian-sekian supaya setiap hari, anda akan lebih bersedia. 

Apa yang saya praktiskan sekarang adalah menyusun rutin tidur, mandi dan makan Adam Daniyal. Contoh bangun pagi pada jam 8 pagi, saya akan mandikan, susukan, dan tidurkan dia semula. Dalam jam 9 pagi saya akan mula kerja-kerja memasak semampu yang boleh sebelum dia bangun dalam jam 11 pagi. Saya cuba biasakan dia makan pada jam 11 pagi dan petang sebelum mandi. Pada jam 9 malam saya akan ajar Adam Daniyal untuk menyusu sambil tidur terus. 

Saya perlukan rutin ini menjadi kebiasaan Adam Daniyal agar saya dapat selesaikan kerja rumah dan kerja bisnes sewaktu Adam Daniyal tidur. Saya juga belajar mengasingkan kerja-kerja yang penting untuk disiapkan dahulu, kemudian baru siapkan kerja lain yang kurang penting. Bila anak sudah terbiasa dengan rutin, kerja ibu jadi lebih mudah disiapkan tanpa stress. 

2. Buat To-Do-List


Haa ini sangat penting bagi saya. Saya ni memang jenis orang ikut jadual. Sebab tu kerja saya lebih efektif jika saya senaraikan tugasan harian yang perlu di settlekan ikut paling penting dan urgent kepada kurang penting. Memang lumrah manusia kalau dah banyak sangat benda nak buat nanti otak pun jadi kurang fokus dan cepat lupa. Sebab itu penting kita tulis atas kertas atau buku senarai kerja yang perlu disiapkan pada hari tersebut. Paling baik kalau ada masa sekali. Jika ada senarai barang yang perlu dibeli elok tuliskan juga di dalam to-do-list

3. Gunakan "tools" yang sesuai.


Maksudnya download aplikasi (tools) yang boleh bantu kita buat kerja dengan lebih teratur. Zaman sekarang saya percaya semua ibu ada handphone canggih, versi android la ios la. Cuba download aplikasi seperti Time Management by Cynex, Toogle Time Management, ColorNote, dan EverNote. Untuk apa aplikasi ni? Haa aplikasi ni bantu anda buat to-do-list dalam menguruskan masa sebaik mungkin. Kita boleh tulis apa tugasan harian, mingguan, bulanan dan sebagainya. Applikasi terbaru yang saya explore ialah ToDoList. So far saya guna sangat best dan senang nak guna. Anda juga boleh download melalui Apps Store bagi Android. 
Kalau anda buat online bisnes yang perlu post hari-hari di Facebook macam saya, boleh download aplikasi Buffer atau Hootsuite supaya boleh maksimumkan kegunaan auto repost. Mudahkan??


4. Set Target Yang Perlu Di Capai Pada Setiap Hari


Kalau kita bangun dan mulakan hari dengan ada target, percayalah kita akan lebih bersemangat buat kerja dan enjoy proses menyiapkan kerja kita tu. Sebab bila ada target, otak kita akan fokus untuk capai target harian tanpa banyak buat kerja sampingan lain yang tak berkaitan. Jadi hari kita akan jadi lebih produktif.. Jadi mulai pagi ini reset minda kita untuk bekerja dengan lebih bijak.

5. Teknik Pomodoro

Adakah ini kali pertama anda dengar tentang Teknik Pomodoro ? Jika ya, Hi5 sikit! hahaha. Saya juga baru tahu tentang teknik ini dan masih baru mengaplikasikannya. Teknik ini bermaksud kita buat kerja atau tugasan selama 25 minit, dan berhenti berehat sekejap selama 5 minit sebelum menyambung kembali kerja kita. Kerja 25 minit rehat 5 minit ini berulang sehinggalah 25 minit yang ke  empat, dan barulah kita ambil rehat yang lama sikit iaitu 20-30 minit.. Untuk apa berehat sekejap 5 minit tu? Haa menurut teknik ini, rehat yang kerap akan meningkatkan ketangkasan otak! Baguskan?? Jadi lepas ni bolehlah kita praktiskan sama-sama supaya ibu-ibu dah tak stress lagi menguruskan keluarga dan rumah.


Sesibuk manapun anda dalam mengendalikan rumahtangga dan kerja, jangan abaikan kesihatan diri ya. Pastikan anda makan makanan berkhasiat, minum air masak yang banyak dan paling baik jangan lupa suplemen tambah tenaga iaitu ESP, PERFORMANCE dan MEAL SHAKE. Saya memilih ESP sebagai penambah tenaga saya daripada masa dalam pantang lagi hinggalah sekarang. Badan rasa lebih bertenaga menguruskan anak, rumah dan berbisnes. Alhamdulilah..


Walaupun surirumah, tapi kita juga manusia biasa yang perlukan rehat secukupnya. Jadi jangan terlalu memaksa diri untuk nampak sempurna. Ketahuilah anda sememangnya telah menjadi seorang wanita yang hebat kerana mampu menguruskan keluarga dan kerjaya dengan cemerlang! ❤❤😘


Jom dapatkan suplement penambah tenaga paling sedap dan bebas kolestrol, bolwh wasap/ call saya di;

CT ZAINAB (id 123 2536)
019-5557886
Pengedar Shaklee Terbaik dengan Cara Makan Paling Berkesan



Monday, 21 November 2016

Set Imuniti Shaklee Kegemaran Saya

Assalamualaikum.. Hari ini i feel soo much relieves as Adam Daniyal getting better from his flu. Saya perasan Adam kalau nak dekat hari dia cukup bulan, mesti kena carefull sebab mudah demam atau selsema. Tapi Alhamdulilah sangat sebab saya ada Set Mini Imuniti Shaklee di rumah. Set ini adalah Nutriferon, Vitamin C dan Omega Guard. Tiga vitamin ini merupakan perisai ketahanan badan bukan untuk Adam Daniyal sahaja, malah untuk kami sekeluarga.



NUTRIFERON menggalakan pengeluaran interferon semulajadi badan bagi melawan jangkitan virus termasuklah influenza.


Jika kita mengamalkan Nutriferon, inilah kebaikan yang kita dapat :

1. Mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari
2. Melawan kanser dan tumor
3. Melimdungi dari influenza
4. Meringankan stress dan kelesuan
5. Melambatkan penuaan
6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
7. Memepertingkatkan menopaus
8. Mempertingkatkan PMS


Vitamin C juga bertindak sebagai penguat imuniti kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan pekat dalam hanya satu tablet. 1 tablet Vitimin  C Sustained Release Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren sunkist. Ha bayangkan lah larat ke kita nak makan 7 biji sunkist sehari untuk dapatkan vitamin C yang cukup untuk badan?? Sebab itulah ada jalan lebih mudah iaitu makan saja Vit C Sustained Release Shaklee untuk kesihatan yang optimum.


Vitamin C meningkatkan sistem imuniti badan kerana ia membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung, kulit dan asthma. Dan paling best ia akan mempercepatkan proses penyembuhan selsema.

Omega Guard pula sangat membantu jika anak batuk kerana berfungsi mencegah keradangan pada saluran pernafasan dengan mencairkan kahak. Ia merupakan agen anti-radang serta membantu melancarkan sistem peredarah darah untuk menguatkan sistem imuniti tubuh.

Sebab itulah tiga vitamin ini wajib saya restok setiap bulan di rumah. Kata orang sediakan payung sebelum hujan, saya sediakanvitamin sebelum sakit. Hehe. Jangan risau, tak perlu rasa membazir sebab vitamin ninsemua boleh makan hari-hari bukan kena tunggu deman, batuk atau selsema saja baru boleh makan. Untung sangat-sangat sebab fungsinya yang menyeluruh dalam penjagaan kesihatan.

Saya cadangkan anda yang sayangkan keluarga dan ibu-ibu yang tak larat dah berjaga malam setiap kali anak kecik anda deman, batuk dan selsema, segara dapatkan Nutriferon, Vitamin C dan Omega Guard sekarang juga!


Perkongsian ini ikhlas dari pengalaman sendiri 😁


CT ZAINAB (ID 1232536)
019-555 7886
PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DENGAN CARA MAKAN PALING BERKESAN

Saturday, 19 November 2016

Cerita Saya Berjumpa Upline Shaklee Saya

Asaalamualaikum.. Hari ini saya nak share sikit tentang bagaimana saya belajar berbisnes Shaklee ini walaupun upline saya jauh. Yela saya di Langkawi dan mak bisnes saya di Jitra. Jauh tu kena berenang laut dulu baru boleh jumpa. Jauhlah sangat! HAHAHA. Mak bisnes saya Fasihah Shukor (Jitra) dan neni bisnes saya, Master Siti Salwa Zainal Abidin (KL). Selama 4 bulan join Shaklee ini dah saangat banyak coaching bersama upline saya hadiri. Tapi coaching secara online la.. hehe. Eh ye la, sekarangkan dunia teknologi jarak bukan lagi suatu masalah. Walaupun mak bisnes kita dekat atau jauh, teknologi masih boleh menjadi perantara paling fleksible. Walaupun ada urusan atau outstation di mana-mana, saya masih boeh mengikuti coaching online daripada upline saya.

Walaupun coaching online lebih fleksible, saya juga pernah berjumpa mami Salwa dan mama Fas untuk sesi oching offline di Shaklee Penang Branch Store, Masa tu mami Salwa buat coaching khas untuk anak-anak di utara, haa apalagi rebut peluang la saya ke sana. Ambil aura ambil berkar sedut ilmu! Masa tu Adam Daniyal baru 3 bulan dan saya angkut sama-sama masuk kelas dengan saya. hehe.



Bila kita betul-betul mahukan sesuatu, tiada apa lagi yang mampu menjadi halangan. Saya yakin saya mampu berjaya dan pergi jauh dalam bisnes Shaklee ini. Ditambah pua dengan bimbingan mentor yang sangat tidak lokek ilmu dan superr baik serta sabar dalam membimbing saya yang baru nak bertatih ini. 

Mama Fas dan mami Salwa sangatlah baik orangnya. Paling buat saya jatuh hati dengan mereka adalah kerana sikap, pemikiran, kata-kata dan perbuatan mereka yang sangat positif! Betul-betul memberi inspirsi kepada saya untuk bangkit semula dan terus berlari mengejar impian saya.. Wahh! gituu... Macam feeling je kan.. Haa tapi jujurnya itulah yang saya rasa. Bukan setakat jatuh hati dengan produk Shaklee saja, malah dengan mentor-mentornya sekali buat saya sayang bisnes ini. 
Ahamdulilah.. ada sebab mengapa Alah temukan saya dengan mereka ini.. 

Kita semua diberi peluang untuk mengubah nasib kita dengan izin Allah. Jadi gunakanlah segala kudrat yang ada berlandaskan iman untuk menikmati rezeki di bumi Allah ini. Anda juga mampu hidup dengan lebih baik serta menambah lebih banyak nilai baik dalam hidup orang yang tersayang. Seperti saya, saya memilih Shaklee, bagaimana dengan anda? Jika masih tercari-cari, biar saya bantu anda mengenal apa itu bahagia bila kita mampu menambah nilai baik dalam hidup orang lain melalui Shaklee. Memberi dengan lebih banyak, Insha Allah kita akan dapat berganda banyak.

Jangan tunggu esok lagi untuk berubah. Ambilah langkah pertama hari ini juga. Jom sembang dengan saya :)


CT ZAINAB (ID 1232536)
019-555 7886
PENGEDAR SHAKLEE TERBAK DENGAN CARA MAKAN PALING BERKESAN
IG : ctzainab_superstarsupplement
FB : Ct Zainab

Friday, 18 November 2016

2016 Yang Mencabar Tapi Bahagia

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun dah. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Terfikir saya apakah yang telah saya capai sepanjang 12 bulan yang dipinjam Allah ini. 12 bulan, 365 hari diberi peluang bernafas dan menikmati rezekiNya, tiada lain selain syukur syukur.. Menyingkap balik sepanjang tahun ini, 2016 jujurnya merupakan tahun yang mencabar bagi saya. Tetapi setiap cabaran itu juga membawa bahagia kepada saya. Bahagia yang tak dapat di ganti dengan yang lain. Sebelum penghujung 2016, jom saya hare semua moment Tahun 2016 yamg Mencabar Tapi Bahagia buat saya.



Saya berkahwin pada Februari 2015, dan berpindah ke Langkawi mengikut suami. Orang selalu kata, syoknya baru kahwin, honeymoon panjang la pengantin baru. Gitu.. Meh sini cek nak cerita realiti perkahwinan sebenarnya, (mungkin bukan pada semua orang tapi saya percaya ianya realiti kepada kebanyakkan orang). Awal perkahwinanlah sebenarnya fasa yang paling mencabar. Wahh! macam kontroversi je intro! HAHA. Sebab apa? Sebab masa bercinta dulu kita akan nampak semua yang baik saja tentang pasangan kita. Yang wangi-wangi, yang comey-comey, yang cemerlang gemilang terbilang. Sebab apa? Yela, sebab masa tu belum dapat, jadi segalanya kena jaga sebaik mungkin. Macam nak apply kerja la. Time interview, belum tentu dapat kerjakan, jadi sungguh-sungguh tu lain macam sikit kan? Cakap sopan santun penuh adab dan ilmu, pakaian tidy and neat gila, wangi tu jangan cerita bangunan sebelah pun boleh bau.. Gitu... Tapi lepas dapat kerja, mulalah ada yang nampak taringnya tu.. (bukna semua orang ya). HAHAHA biasalah itulah namanya manusia. Memang Allah cipta ada kurang lebihnya.

Awal perkahwinan itulah kita dalam proses mengenal pasangan kita, dan menyesuaikan diri dengan dia. Kalau dulu hidup sorang, bilik kemas cantik saja, mai dua orang, haa semua berganda. Baju berganda. barang atas meja makeup berganda, toiletries berganda, semuaa bergandalah. Termasuklah kerja menguruskan bilik juga berganda, tambah dengan urus rumah, masak, kalau yang bekerja, ha kerja lagi. Jadi dalam proses itu, memang banyaklah pertembungan dua budaya yang ambil masa untuk nak faham masing-masing. HAHA. Time tulah baru kita nampak kurang lebih pasangan yang tiada lagi di sorok atau di cover-cover macam dulu. Haa time tu lah baru kita di ajar erti bersabar, menerima kurang lebih, dan memikul tanggujawab yang kita sendiri pilih.

Tetapi percayalah, proses ini tidak makan masa yang lama jika kita sedia menerima dengan hati terbuka, sabar dan usaha memperbaiki diri. Lama-lama baru kita akan nampak apa sebenarnya makna manis berumahtangga. Jadi antara moment mencabar saya ialah berada dalam penyesuaian diri sewaktu fasa itu. Nak-nak lagi saya jenis yang nak menang saja, ikut jadual punya orang, teratur, tegas, kemas (meaning kalau saya letak barang tu kat situ, lepas guna i want it to be at the right place. wajib!) gitu.. Memang Allah itu Adil. Dia beri kita yang boleh topap apa yang kita tak ada. Husband seorang yang relax, tak ambil pusing sangat hal remeh jadi dia selalu problem-free compare to me. HAHA. Dan seorang yang sangat sangatlah penyabar. Semoga Allah sentiasa merahmati suamiku..


Selepas 4 bulan berkahwin, saya disahkan hamil, tapi kandungan itu tak lama. Anak syurga saya Allah ambi semula ketika baru berusia 2 bulan. Al-Fatihah.. Sedih.. Tapi saya percaya ada hikmah disebaliknya. Rezeki Allah itu Maha luas. 3 bulan kemudian, saya disahkan hamil sekali lagi. Alhamdulilah... Benarkan rezeki itu tak pernah salah alamat? Dan pada 15.05.2016, lahirlah anak seoleh dan bijak kami, ADAM DANIYAL. Melahirkan dia juga merupaksn moment yang mencabar tapi bahagia buat saya. Saat dia diletakkan pada dada saya, menguit-nguit kesejukkan, hanya air mata saja yang mampu menyambut anak ini. Syukur dan lega palinggg bahagia saya rasa ketika itu.


Dalam proses berpantanglah saya kenal Shaklee, selepas mengambil suplemen berpantang Shaklee. Dan dari situ juga saya mula serius berbisnes dengan Shaklee. Dengag niat mahu berjaya, saya akui saya berusaha kadang-kadang tu melebihi kemampuan saya hingga terkadang mengundang stress. Tapi setelah di bimbing baik oleh upline-upline saya, Alhamdulilah jalan saya nampak lebih jelas dan banyak perkara yang berjaya saya uruskan dengan mudah. Itulah pentingnya ilmu yang betul, sistem yang tepat dan mentor yang bagus dalam membimbing kita menuju kejayaan. Ini juga merupakan moment manis saya apabila berjaya menjalankan bisnes hanya dari rumah sambil menjaga si kecil saya dengan tangan sendiri. Alhamdulilah.. Ia suatu kejayaan juga apabila seorang surirumah yang menguruskan rumah, suami dan anak, masih mampu membuat kerja ke dua iaitu berbisnes. Jika anda juga begitu, berbanggalah dengan diri kerana ketika ramai orang yang memilih untuk menjadi surirumah saja, kita pula dah berjaya melangkah setapak ke hadapan.



Alhamdulilah, mungkin ini hanya pencapaian biasa-biasa bagi sesetengah rang. Kerana tiada award atau apa-apa bukti fizikal yang dapat di tunjukkan. Tetapi bagi saya, ia adalah mement indah dan kejayaan besar bagi saya apabila mampu menjaga keluarga saya dengan baik, mampu melahirkan dan mendidik anak saya sendiri dan mampu menjalankan bisnes dari rumah dengan usaha sendiri. Kerana proses-proses yang saya lalui inilah, yang menjadikan saya insan yang jauh  lebih baik daripada dahulu. Fasa-fasa inilah yang mengajar saya menjadi seorang insan sebenarnya. Terima kasih Alah atas segala nikmat yang tak terhingga. 


Saya berdoa agar tahun 2017 akan datang lebih banyak kejayaan dan kebahagian yang dapat kita kecapi bersama. Dan menjadikan kita insan yang lebih bersyukur. Insha Allah...



CT ZAINAB (ID 1232536)
PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DENGAN CARA MAKAN PALING BERKESAN
IG : ctzainab_ superstarsuppliment
Fb : ct zainab



Thursday, 17 November 2016

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online

Assalamualaikum.. Semoga yang membaca entry kali ini sihat dan terus sabar mengharungi cabaran ekonomi hari ini. 😅 Alhamdulilah atas segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulilah masih mampu usaha guna tangan, kaki, minda dan hati. Cabaran ekonomi hari ini bukan lagi biasa-biasa. Kalau tak kena gaya, boleh garu kepala. Sebagai salah satu usaha saya menambah pendapatan keluarga, saya memilih untuk berbisnes dari rumah dengan syarikat vitamin terbaik dunia, Shaklee. Dengan gembira saya ingin kongsikan 7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online. 😊


Saya senaraikan kekuatan Shaklee yang menjadi pilihan saya untuk menambah pendapatan:

1. Produk yang Selamat dan Berkesan Untuk Manusia

Semua syarikat boleh claim produk mereka berkualiti tapi apa bukti saintifiknya? Tapi tidak bagi Shaklee. Kualiti bukanlah perkara main-main yang boleh di claim sesuka hati. Shaklee merupakan syarikat paling pelik di dunia! Sebab apa? Ok meh nak cerita sikit. Vitalea - merupakan vitamin pertama dunia (dulu dikenali dengan nama vitalize mineral) yang di hasilkan oleh Dr. Shaklee. Setelah Vitalea ini berada di pasaran kesihatan dan di makan dengan selamat oleh manusia tanpan ada yang keracunan, rosak hati atau rosak buah pinggang, barulah Dr Shaklee yakin untuk menubuhkan syarikat suplemennya sendiri. Haaa bayangkan selama 41 tahun tau! Dah betul-betul yakin dan terbukti baru berani set up company suplemen! Punyalah ketat penjagaan hasil dan kualiti tu. Compare dengan lambakan syarikat suplemen dan kecantikan sekarang, hari ini buat formula, esok try, lusa dah terus gebang jual. Tapi tidak bagi syarikat Shaklee, yang mementingkan PRODUK YANG SELAMAT DAN BERKESAN UNTUK MANUSIA.

2. R&D yang Gila-Gila

Ya gila-gila mereka punya R&D! Setiap tahun, RM1 BILLION mereka belanjakan untuk buat penyelidikan dan penambahbaikan pada produk sedia ada. Cuba cek syarikat suplemen selain Shaklee yang anda makan sekarang, berapa mereka sanggup labur untuk betul-betul memberi yang terbaik pada kita? Ke tak sampai 1 juta?

3. Produk Semulajadi & Organik

Shaklee bermula dengan produk Vitamin dan pembersih rumah/pakaian yang organic,  Basic H yang terhasil secara semulajadi daripada hasil pembuatan vitamin. Sehingga hari ini Shaklee masih kekal dengan produk vitamin dan pembersih organik, dan produk sampingan skin care serta water filter.


4. Tidak Pernah Gagal dalam Bayaran Bonus

 Produk Shaklee wujud di dunia sejak 101 dahulu, syarikat ini telah genap tahun 60 tahun pada hari ini dan Shaklee telah bertapak di Malaysia selama 20 tahun. Dan selama 60 tahun itu, tidak pernah sekali pun Shaklee gagal membayar bonus kepada pengedar mereka. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, jika anda sedang mencari bisnes sampingan, saya nasihatkan carilah syarikat yang terbukti kukuh dan mampu membayar anda tanpa masalah.

5. Sangat Sesuai untuk Pemula Bisnes

Menurut pakar internet marketing dan juga sifu bisnes, Faisal Abdullah, Shaklee merupakan bisnes yang bagus kerana produknya yang berkualiti dan terbukti berkesan selama puluhan tahun. Jenama Shaklee tak perlu susah payah diperkenalkan lagi kerana satu dunia sudah tahu. Bisnes Shaklee sangat bagus untuk yang ingin memulakan bisnes kerana agen Shaklee tak perlu bersusah payah keluarkan duit untuk marketing. Agen hanya perlu tonjolkan diri di media sosial bahawa mereka adalah pengedar Shaklee yang bagus, bertauliah dan aktif. Mudah dan money saving kan?

6. Barisan Saintis Hebat & Memenangi Noble Proze

Shaklee dibarisi dengan para saintis yang telah memenangi NOBLE PRIZE dan berpangkat professor. Setiap hati mereka inilah yang berusaha menjalankan penambahbaikan produk untuk kesihatan sejagat. Ketua saintis Shaklee seorang pemenanh Noble dan berumur 90 tahun tapi masih sihat aktid dna otak cemerlang. Siap boleh pakai high heels lagi waktu buat demo dan presentation atas stage. kalau orang kitalah umur 90 tahun, macam manalah ghupanyaa kan? 😅

7. Model Bisnes yang Mudah dan Jimat serta Jenama yang telah Terkenal

Shaklee tidak fokus melaburkan wang untuk marketing. Sebab model marketing Shaklee adalah manusia. Manusia yang yakin dengan keberkesanan produk Shaklee akan 'serah diri' menjadi agen dan berkongsi kebaikan produk dengan semua orang. Sebab itu Shaklee memilih model bisnes MLM, bukan trading, bukan borong, bukan SLM, bukan binari, bukan head hunting. Dan atas sebab itu juga Shaklee masih boleh bertahan walau dalam keadaan ekonomi merudum sekalipun.

Saya boleh bagi lagi lebih sebab kenapa Bisnes Shaklee Online ini menjadi pilihan, tapi saya kira cukup dulu 7 sebab yang kukuh ini. Ada kelapangan saya kongsikan lagi sebab-sebab lain kenapa anda juga sebagusnya memilih Shaklee sebagai sumber tambah pendapatan yang  dan lumayan.

Sebab itulah saya sangat sayang dan jatuh hati dengan bisnes Shaklee.. Sebelum ini dah macam-macam bisnes saya pernah buat. Tapi so far, Shaklee lah yang masih buat saya bertahan hingga hari ini. Dengan model bisnes yang mudah, branding yang telah kukuh dan terkenal, produk yang bagus dan terbukti berkesan, dan paling penting 'keluarga' Shaklee yang begitu positif dalam membimbing saya dalam bisnes ini. Alhamdulilah..

Anda jugak layak untuk berada dalam keluarga ini sambil menambah wang saku setiap bulan. Jadi mengapa perlu bersusah payah melabur duit untuk buat marketing pada produk yang belum tentu keberkesanan dan jaminannya? Lebih baik melabur usaha pada bisnes yang jelak akan memberi pulangan wang dan kesihatan pada anda. Jom wasap saya sekarang supaya kita sama-sama boleh mengharungi ekonomi sekarang dengan bijak. 💪😍



Ct Zainab (id 1232536)
Pengedar dan Stokis Shaklee Terbaik dengan Bimbingan Pakar.
019-555 7886



Tuesday, 15 November 2016

Shaklee Hadiah Buat yang Tersayang

Assalamualaikum.. Kalau suka sesuatu barang, korang akan guna sorang atau share dengan orang lain?Haa Jujur!  Saya masa pregnant dulu craving benda manis. Opps! Jadi kalau dapat makan 1 slice kek coklat tu memang tak lah nak share dengan orang lain kan!. Tapi sekarang sejak bergelar ibu semuanya berubah. Walaupun ada sikit tetap akan dahulukan anak. Ataupun teringat untuk simpan sikit kat husband. Soo sweet kelapa papaya ek! HAHA. Begitu juga dengan Shaklee, saya tak makan sorang tau! Saya akan share dengan suami dan anak juga supaya mereka boleh sihat macam saya! gituuuu...

Masa mula-mula makan Set Berpantang Shaklee, saya pernah offer suami untuk makan sekali, tapi dia kata mana layan makan suppliment semua ni. eh eh! Tapi bila lama-lama dia perasan kulit saya makin elok dah tak kering, mula la dia start tanya saya makan apa kulit jadi cantik? Siap puji lagi khauu. Haaa tu la dulu orang offer jual mahal.

Terus saya kenalkan ESP dan Vitamin C pada husband. Dan terangkan apa manfaat suppliment ini untuk kulit. Dan hari tu juga dia start belajar makan ESP dan Vitamin C. Haha. Kemudian saya beli dan consume Omega dan Alfafa. Dia tengok saya lepas bersalin maintain slim aje, padahal dia dah dua kali ganda size waktu bujang dulu. HAHA. Terus dia pun join saya makan Omega dan Alfafa pula. Nak selim melim macam i jugak letewww...

Kalau Adam Daniyal demam atau selsema, saya akan makan Nutriferon dan Vitamin C, sebab Adam masih menyusu badan kan, punn sama husband mesti kalut tanya makan apa benda pulak tu. Dan dia pun nak juga makan Nutriferon sebab nak kuatkan sistem imun juga katanya.

Jadi apa sahaja suppliment Shaklee yang saya makan, mesti saya akan kongsi bersama yang tersayang juga, husband dan anak. Dengan ikhtiar ini, kesihatan keluarga saya bertambah baik.. Insha Allah..

Anda juga boleh kongsikan suppliment kegemaran anda dengan keluarga. Paling baik hadiahkan satu untuk mereka. Laaagi baik hadiahkan 1 set untuk mereka. Contohnya hadiahkan Set Sendi dan Lutut untuk mak ayah. Hadiahkan Set Berpantang untuk isteri. Hadiahkan Vivix untuk bantu suami berhenti merokok. Hadiahkan Nutriferon dan Chewable Vitamin C pada anak-anak.

Insha Allah dengan ikhtiar cara sihat, anda dapat mencegah penyakit merbahaya. Bak kata pakar mencegah lebih baik daripada mengubati. 😊

Nak dapatkan supoliment untuk yang tersayang jom wasap saya ya 📲📲

Ct Zainab
019-555 7886
Pemgedar dan Konsultan Shaklee Terbaik dengan Cara Makan Paling Berkesan